Pandangan Islam terhadap Alam Sekitar (1)

Tuan Haji Ismail bin Noh [Pasir Mas]: Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua yang telah membenarkan saya untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam Akta Kualiti Alam Sekitar.


Saya bercakap tentang dua tiga perkara. Pertama mengenai alam sekitar, yang kedua pandangan Islam terhadap alam sekitar, ketiga permasalahan-permasalahan dan bagaimana Islam melihat ataupun mengatasi, memperkenalkan cara untuk mengatasi masalah alam sekitar.

Sehubungan dengan itu, suka saya memetik ayat al-Quran, Allah S.W.T berfirman [Membaca ayat al-Quran]. Bermaksud, “bukan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu dengan tanaman, kebun-kebun yang menghijau subur dengan indahnya, kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkannya, menumbuhkan pohon-pohon tersebut. Adakah sebarang Tuhan lain bersama dengan Allah S.W.T?”

Kita cuba mengenali alam sekitar ini walaupun alam sekitar sudah pun disebut oleh sahabat-sahabat daripada Parti Kerajaan dan daripada Parti Pembangkang. Bagi saya alam sekitar ini iaitu alam yang selain daripada manusia, yang boleh kita kategorikan alam selain daripada manusia yang ada di sekitar kita ini. Sebagaimana yang disebut oleh Allah S.W.T di dalam ayat [Membaca sepotong ayat al-Quran].

Di sini kita dapat melihat bagaimana pandangan Islam tentang alam sekitar ini. Apakah alam sekitar ini mesti kita anggap dia sebagai atau seumpama darah daging kita, yang mempunyai hubungan rapat dengan kita, mesti dijaga dengan penuh kasih sayang ataupun dilihat sebagai musuh kita. Jadi dua perkara itu saya rasa perlu kita tekankan.

Apakah ianya merupakan macam sahabat-sahabat karib kita, bila kita sebut bahawa alam sekitar ini adalah sahabat karib kita, mesti kita jaga, mesti kita kawal, mesti kita selia dengan sebaik-baiknya, ataupun kita melihatnya sebagai musuh.

Mesti kita warnakan dengan warna tidak baik, kita menentang dia, kita lawan dia, kita khianat dia, kita apa dia. Jadi, kedua-dua ini mesti dilihat dan Islam sebagai agama negara kita ini dan Islam sebagai agama anutan sebahagian besar daripada penduduk-penduduknya yang berada di negara kita ini.

Kita melihat bagaimana disebut di dalam ayat yang saya bacakan tadi, [Membaca sepotong ayat al-Quran], kita melihat persekitaran kita ini kepada binatang. Cuma Allah S.W.T mengambil satu juzuk bagi menerangkan juzuk-juzuk yang lain. Allah mengambil “ibbil”, binatang ini sebagaimana ia dijadikan oleh Allah S.W.T.

Ia mewakili binatang-binatang yang ada di persekitaran kita. Kemudian Allah S.W.T menyuruh supaya kita melihat lebih jauh selain daripada kita melihat sekitar kita binatang, kita melihat kepada, [Membaca sepotong ayat al-Quran], bagaimana langit, ianya diangkatkan. Ahli-ahli sains dan al-Quran mengatakan bahawa langit dan bumi ini bercantum, [Membaca sepotong ayat al-Quran].

Saya tidak belajar sains tetapi saya melihat kepada al-Quran yang mengatakan bahawa langit dan bumi ini bercantum, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Bercantum pada peringkat awalnya, kemudian berlaku evolusi yang begitu lama, yang menjadikan langit dan bumi ini dipisahkan, kemudian masuk cahaya, kemudian masuk udara dan masuk perkara-perkara yang memberi langit dan bumi, umur yang begitu panjang.

Kemudian Allah S.W.T menyebut kepada kita, [Membaca sepotong ayat al-Quran], bagaimana Allah jadikan bukit dan bukit ini sebagai paku kepada bumi ini supaya bumi ini mempunyai keseimbangan, ianya tidak runtuh di sana dan di sini. Kerana itulah bukit ini sebagai paku kepada bumi. Kemudian, [Membaca sepotong ayat al-Quran], bagaimana Allah jadikan bumi ini terhampar luas.

Di dalam ayat yang lain, Allah S.W.T menyebut macam-macam seperti menyebut laut, menyebut angin, menyebut hujan, menyebut siang, menyebut malam. Di antar lainnya, [Membaca sepotong ayat al-Quran], siapakah yang menunjukkan kamu dalam kegelapan daratan dan kegelapan di lautan. [Membaca sepotong ayat al-Quran], siapakah yang menghantarkan di mana angin dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada kamu kerana angin ia mengandungi benih-benih, daripada jauh diterbangkan oleh angin kemudian mencari sasarannya.

Hujan misalnya, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Allah S.W.T menekankan tentang hujan, bagaimana dan siapa menurunkan hujan. Siapakah yang menurunkan hujan kepada mereka dan hujan ini hujan buruk sebagai balasan kepada orang-orang yang telah diberi amaran oleh Allah S.WT.

Kemudian tentang sungai, Allah S.W.T menyebut, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Allah menjadikan bumi dan Allah menjadikan celah-celah di atas bumi itu dengan likuliku sungai. Menunjukkan bahawa agama Islam ini lebih awal mengajak penganut-penganutnya melihat bahawa persekitaran kita ini adalah sahabat karib kita, kawan kita dan semacam saudara-mara kita juga.

Kalau kita sayang kepada keluarga kita, maka begitu juga kita sayang kepada bukit-bukau, gunung-ganang, sungai, air dan sebagainya. Allah S.W.T menyebut, [Membaca sepotong ayat al-Quran]. Melihat ke atas pula, Allah mengatakan bahawa Dia jadikan alqamar (bulan) sebagai cahaya dan dia jadikan matahari sebagai lampu. Di sini kita melihat pula bagaimana Rasulullah S.A.W (Nabi Muhammad) dalam melihat perkara-perkara tersebut.

Di waktu Nabi S.A.W melalui bukit, Bukit Uhud, Nabi Muhammad mengatakan [Membaca hadis Nabi] ertinya, “Saya sayang kepada bukit ini dan bukit itu juga sayang kepada saya.”
Tuan Yang di-Pertua, kalau kita melihat Sahih Bukhari dan Muslim, bagaimana Rasulullah S.A.W menekankan kasih sayang kepada kejadian-kejadian. Di antaranya, ada satu bab yang memperkatakan, [Membaca hadis Nabi], wajib sayang kepada Madinah dan ahli-ahli Madinah.

Begitu juga wajib sayang kepada Mekah dan ahli-ahli Mekah yang beriman kepada Allah.
Ini menunjukkan bahawa rapatnya hubungan di antara pegangan kita dengan alam persekitarannya. Itu belum lagi kita bercakap tentang malaikat, belum lagi kita bercakap tentang jin yang merupakan alam sekitar kita.

Tuan Yang di-Pertua, Bagaimana yang saya sebutkan tadi supaya kita sayang dan supaya kita kasih kepada alam sekitar ini yang ditunjuk sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W. Saya bawa ini dalildalil kasar yang menunjukkan bagaimana mendidik kita supaya kita sayang kepada alam sekitar seperti sungai kita.

Di dalam sepotong ayat al-Quran, Allah S.W.T menyebut, [Membaca sepotong ayat al-Quran] ertinya, “Kami jadikan kamu wahai manusia, Kami jadikan seluruh kejadian ini daripada air.” Ini menunjukkan bahawa kita mesti jaga sungai kita, tempat-tempat air kita jaga.

Saya masih ingat lagi Tuan Yang di-Pertua, di waktu saya belajar di Saudi Arabia. Di sana tidak ada air banyak, air tidak ada. Yang adanya ‘ya nabiaq’. ‘Ya nabiaq’ ini iaitu mata air. Bagaimana mereka jaga mata air, bagaimana mereka jaga punca-punca air ini? Mereka tidak buang dengan buangan sisa-sisa, jauh lagi dari toksik, jauh daripada plastik dan sebagainya. Dua hari kita bercakap tentang penggunaan plastik iaitu kelmarin dan hari ini, bagaimana plastic mewarnakan kekotoran di negara kita.

Saya rasa kalau kita mengambil kesempatan dan melihat bagaimana, ini disebutkan tadi bahawa kita mesti dididik dengan suatu pegagan. Kalau kita tidak didik dengan satu pegangan, maka kita tidak perkasa. Misalnya kita buang sampah, kita tidak rasa kita berdosa dengan membuang sampah, sedangkan Islam mengajar kita, [Membaca hadis Nabi]. Nabi kata bahawa iman ini ada 93 cabang. Paling tingginya, lailahaillallah dan yang terendahnya buang sampah. Ini tidak ditekankan. Buang sampah di jalan, buang sampah di rumah dan sebagainya.

Kerana itulah kita tengok rumah tangga orang Islam sekarang ini, tidak usah kita pergi jauh-jauhlah. Kita pergi kepada rumah tangga orang Islam. Kita melihat bagaimana persekitaran rumah tangga kita. BERSAMBUNG
———
Perbahasan Rang Undang-undang Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2007 ms 81 pada 20 Jun 2007

About these ads

2 Respons

  1. Saya sangat setuju dengan hujah yang dibahaskan kerana sebagai manusia kita mempunyai tanggungjawab menjaga hubungan dengan alam sekitar. Al-Quran dan hadis memecah kebatilan, petunjuk kebenaran.

  2. Artikel ini sangat menarik:

    http://komunitas-nuun.blogspot.com/2006/12/agama-islam.html

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,527 other followers