Kennet Cheok Jiun Hong dilantik Pegawai Khas


Bagi mendekati golongan Tionghua, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Haji Ayub mengumumkan Pegawai Khas berbangsa Cina, Sdr. Keneth Cheok Jiun Hong (duduk kanan) di Pejabat PAS, Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Kennet Chiok Jin Hong, 30, berasal dari Negeri Sembilan dilantik oleh Salahuddin dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Dewan Pemuda PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Kennet yang juga seorang peniaga sebenarnya telah lama berkhidmat dengan Kelab Penyokong PAS sebagai Pengerusi Kelab itu bagi Negeri Sembilan.

Ditanya samada pelantikan itu bermotif pilihan raya, Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata, tindakan itu bukanlah untuk persiapan pilihan raya.

Sebaliknya ia adalah usaha Pemuda PAS mendekati masyarakat Tionghua dalam menjadikan PAS sebagai sebuah parti relevan kepada semua pihak tidak mengira kaum atau agama.

Baginya, ini menunjukkan PAS adalah parti yang prihatin kepada seluruh kaum di negara ini dalam melayani dan menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Beliau bercaya dengan pelantikan Kennet ini yang mempunyai hubungan rapat dengan ‘grassroot’ Cina terutamanya di Negeri Sembilan, PAS akan boleh mendekati kaum Cina dengan lebih dekat.

Beliau juga berkata Pemuda PAS akan melantik lebih banyak lagi pagawai khas dari kaum lan termasuk India, Iban dan Kadazan dalam masa terdekat ini bagi mendekati kaum-kaum tersebut.

Sementara itu Kennet semasa mengulas mengenai penglibatannya dalam PAS sebagai Pegawai Khas YB Salahuddin menyatakan penghargaannya di atas pelantikan itu. Beliau berjanji akan menunaikan tanggungjawabnya dalam merapatkan PAS dengan masyarakat kaum Tionghua yang sebelum ini terkeliru dengan imej PAS yang diburuk-burukkan media arus perdana.

Baginya masyarakat Cina sebenarnya tidak mendapat gambaran jelas mengenai PAS sedangkan PAS adalah parti pembangkang yang terkuat yang seharusnya disokong dan tidak mendiskriminasi kaum.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,449 other followers