Dakwaan kes Rasuah Ketua Polis Negara dilapor kepada BPR, kata Dato Jo

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum memberitahu Dewan Rakyat hari ini kes rasuah Ketua Polis Negara telah dirujuk kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Menjawab soalan tambahan daripada Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) mengenai dakwaan kes rasuah melibatkan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Mohd Johari berkata pihaknya telah membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi membolehkan siasatan dijalankan.

“Perkara ini di bawah Ordinan Pencegahan dan saya telah berhubung dengan pihak Bukit Aman untuk mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.

Musa dikatakan terbabit menerima suapan sebanyak RM2.1 juta bagi melepaskan sekumpulan gengster.

Terdahulu, semasa menjawab soalan asal Salahuddin mengenai usaha membendung peningkatan jenayah di negara ini, Mohd Johari berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa mengadakan rondaan dan operasi terancang dan bersepadu.

Katanya PDRM mengadakan beberapa operasi khas seperti Ops Rantau (berhubung dengan Pendatang Asing Tanpa Izin), Ops Scorpion (kes penculikan), Ops Noda (maksiat dan pelacuran) dan Ops Dadu (perjudian).

Selain itu, turut dilakukan ialah Ops Cantas (kongsi gelap), Ops Kargo (kes samun gudang dan lori), Ops Laras (seludup senjata api) dan Ops Api (kes samun bersenjata api).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Christopher Wan Soo Kee secepat mungkin bagi memberi penjelasan berhubung kenyataannya mengenai kemungkinan hasil penyeludupan kereta mewah digunakan untuk membiayai kegiatan pengganas.

“Saya akan memanggil beliau untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang bimbang kenyataan Wan itu boleh menjejaskan imej negara pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dalam laporan akhbar hari ini, Wan dipetik sebagai berkata polis sedang menyiasat kemungkinan penyeludupan kereta mewah yang dicuri di negara ini didalangi sindiket tertentu yang menggunakan hasilnya untuk membiayai kegiatan pengganas.

Pengarah JSJ itu berkata sejak Januari lepas, kadar kecurian kereta meningkat 11.5 peratus membabitkan kerugian hampir RM1 bilion, satu jumlah cukup besar bagi menampung kegiatan jenayah termasuk aktiviti pengganas.

About these ads

Satu Respons

  1. […] Dakwaan kes Rasuah Ketua Polis Negara dilapor kepada BPR, kata Dato Jo [image]Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum memberitahu Dewan Rakyat hari ini kes rasuah […] […]

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers