Cari gali emas dimulakan semasa BN merintah lagi

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih. Pertamanya saya nak tahu bermula tahun berapa pencarian ataupun permit cari gali dimulakan di kawasan Sokor ini? Tahun berapa? Masa tahun PAS memerintah ataupun tahun UMNO memerintah.

Keduanya ialah minta supaya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen perjelaskan maksud cari gali dan maksud Mining Certificate untuk dia melombong. Jadi saya nak tahu takrif kedua-dua itu, lesen melombong dengan lesen cari gali, saya takut keliru ini.

Dato’ Sazmi bin Miah: Terima kasih Yang Berhormat. Masa BN memerintah dulu kita bagilah satu, dua yang beroperasi sekarang ini pun masa BN memerintahlah, yang 54 lagi tu masa PAS memerintah.

Jadi Mining Certificate (MC) ini untuk pengetahuan Yang Berhormat dikeluarkan oleh pihak berkuasa negeri di bawah Jawatankuasa Mineral Negeri, di panggil MC (Mining Certificate)maksudnya untuk kelulusan penjelajahan dan juga cari gali.

Mereka ini menjelajahlah seluruh hutan Sokor untuk mencari emas, tapi masalahnya ada balak ke atas tanah itu. Jadi, sebelum di gali itu mereka berfikir bahawa balak ini kita harus dikeluarkan. Jadi balak-balak ini dia hentamlah dulu sebelum dikorek untuk dapat emas tu.

Masalahnya, kebanyakan kita tahu kebanyakan emas di negeri Kelantan di kawasan tropika adalah aluvium. Aluvium ini maksudnya emas yang berada di dalam anak-anak sungai ia tidak macam seketul ataupun tongkol-tongkol emas seperti di kawasan-kawasan Amerika ataupun Australia, ia bersama dengan pasir dengan air dalam sungai.


Dalam soalan asal Dato’ Ir. Shaari bin Hassan [Tanah Merah] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan berapakah keluasan kawasan Sokor yang digondol dan apakah kesan kepada kejadian banjir di kawasan sekitar serta negeri Kelantan amnya apabila banjir berlaku.

Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato’ Sazmi bin
Miah]:
Terima kasih Ahli Yang Berhormat Tanah Merah yang begitu prihatin terhadap negeri Kelantan. Saya akan memberi jawapan yang akan memuaskan hati orang-orang Kelantan dan juga memuaskan hati rakan-rakan kita dari pihak yang berlawanan.

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, luas kawasan pembalakan yang dikeluarkan untuk perlombongan kebanyakannya emas dan lain-lain galian di dalam Hutan Simpan Kekal Sokor Taku di negeri Kelantan adalah seluas 1,425 hektar. Peruntukan Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) membenarkan kerja-kerja penjelajahan atau exploration dengan izin, perlombongan mineral di dalam kawasan hutan simpanan kekal melalui
permit penggunaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, lebih daripada 55 lesen penjelajahan melombong emas telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri yang melibatkan lebih dari 15,000 hektar sejak 10 tahun yang lepas.

Walau bagaimanapun, dalam Enakmen Mineral 2001, negeri Kelantan telah membuat pindaan bagi membolehkan perlombongan di dalam kawasan hutan simpanan kekal dengan mengenakan syarat-syarat yang sama sepertimana terkandung dalam Akta Perhutanan Negara 1984. Walau bagaimanapun, sebelum perlombongan boleh diadakan, penebangan pokok-pokok kayu balak haruslah didahulukan. Jadi inilah yang berlaku di Hutan Simpan Kekal Sokor Taku.

Berhubung dengan kesan pembalakan kepada kejadian banjir, jabatan perhutanan negeri telah menyemak dan mendapati bahawa kawasan yang diluluskan untuk perlombongan ini bukanlah berada dalam kawasan tadahan air.

Walaupun begitu, kesan sampingan tetap ada di mana apabila musim tengkujuh, anak-anak sungai akan menjadi keruh dan mendapan akan terjadi, oleh itu air akan bertukar menjadi air teh tarik. Oleh sebab itu, anak-anak sungai menjadi cetek, mendapan berlaku, lembangan banjir menjadi lebih besar dan akan menjadi lebih luas. Terima kasih.
——
Sesi soalan Jawab Lisan pada 10 Julai 2007

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.