Dengan lulus Agensi Kelayakan Malaysia, mutu pendidikan tinggi akan meningkat?

Puan Mumtaz binti Md. Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana membenarkan saya untuk membahaskan Rang Undang-undang Agensi Kelayakan Malaysia 2007.
Isu pertama yang saya ingin kemukakan ialah adakah pihak kementerian ada memasukkan mana-mana cadangan ataupun mana-mana seksyen yang mengatakan bahawa mana-mana universiti yang tidak mendapatkan kelulusan ataupun akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia ini boleh [...]

“Adakah LAN telah gagal melaksanakan fungsinya… sehingga perlu badan baru” kata Senator Wan Ubaidah

Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana mengizinkan saya untuk turut memberikan beberapa pandangan mengenai dengan Rang Undang-undang Agensi Kelayakan Malaysia 2007.
Pada awalnya, apabila rang undang-undang ini hendak diperkenalkan, terdetik di pemikiran saya, adakah LAN selama ini telah gagal melaksanakan fungsinya sebagai satu badan untuk mengakreditasi kursus-kursus dalam negara kita [...]

Dewan Negara: Soalan ADN PAS 18 Julai 2007

Sesi Jawab Lisan – 10.00 hingga 11.30 pagi
Soalan ke 40 – Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan perkembangan terkini FTA dengan Amerika Syarikat. Sejauh manakah pula pelaksanaan FTA setakat ini serta apakah manfaat kepada rakyat dan
negara.
Soalan ke 45 – Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan [...]

Senator Mumtaz mahu wanita Islam (pramugari) diberi pilihan pakai pakaian menutup aurat

Puan Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, kerana membenarkan saya untuk turut bersama rakan-rakan untuk membahaskan Rang Undang-undang Pengangkutan Melalui Udara (Pindaan) 2007.
Saya mempunyai beberapa perkara untuk ditanya kepada kementerian khususnya berkaitan juga dengan insurans. Sekiranya kita merujuk kepada persoalan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Heng Seai Kie tadi berkenaan adakah syarikat [...]

Hanya 40% penagih berjaya menjauhkan diri dari Dadah

Puan Wan Ubaidah binti Omar: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya difahamkan bahawa kadar penagihan semula di pusat serenti adalah sangat tinggi iaitu dalam kadar 70% berbanding dengan kadar penagihan semula di pusat swasta adalah jauh lebih rendah.
Adakah kerajaan pernah mengkaji apakah perkara-perkara yang menyebabkan perbezaan yang begitu ketara dan apakah kaedah yang digunakan [...]

Senator Mumtaz bahas Rang Undang2 Saksi Kanak-Kanak

Puan Mumtaz binti Md Nawi: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua kerana turut sama mengizinkan saya untuk sama-sama membahaskan Rang Undang-undang Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007.
Pertama sekali saya hendak ucapkan syabas kepada Kerajaan Malaysia kerana telah memberi satu pengiktirafan kepada kanak-kanak seluruh negara sempena 50 tahun kemerdekaan, dengan membenarkan mereka turut sama memberikan keadilan kepada kes di [...]

“Apa perasaan Najib, jika Isterinya jatuh Helikopter Nuri” – Salahuddin

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menyatakan, beliau amat marah dengan kenyataan Najib yang menyatakan kerajaan memang mempunyai rancangan untuk menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), bukan dalam tempoh terdekat ini.
Salahuddin mempersoalkan, nahas demi nahas yang melibatkan Nuri bukan sahaja menyebabkan rakyat negara merasa amat malu, malah berada dalam ketakutan kerana tidak [...]