Monsoon Cup: Pendedahan JK Integriti Parlimen merosakkan Imej Terengganu
Kuala Terengganu: Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara dari Terengganu sebulat suara menyatakan rasa kesal terhadap kenyataan negatif dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh mengenai penganjuran Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun.
Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan tidak seharusnya mendedahkan pada umum aduan yang diterima daripada sesi pendengaran awam, sebaliknya perlu merujuk sama ada kepada penganjur, kerajaan negeri mahupun kerajaan Pusat jika ada isu yang memerlukan penjelasan lanjut sebelum dibawa ke Parlimen.
“Walaupun melalui proses pendengaran awam, aduan tidak boleh didedahkan apatah lagi maklumat didedahkan itu tidak tepat.
“Pendedahan pada media memberi kesan buruk dan merosakkan imej Terengganu dan kerajaan Pusat.
“Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negara Terengganu menyifatkan kenyataan itu tidak wajar dikeluarkan Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti kepada media, sekarang kita mempertikaikan pula integriti pengerusi terbabit,” katanya pada sidang media di Kelab Teluk Warisan, Pulau Duyong, semalam.
Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (Pengkalan Chepa) juga antara salah seorang Ahli Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Integriti yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh (BN Grik).
Rabu lepas, Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan Monsoon Cupitu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan.
Kenyataan Wan Hashim ini adalah hasil pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat ini di Kuala Terengganu Rabu lepas yang antara lain turut membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penganjuran sukan itu yang dikatakan membazir dan tidak menguntungkan.
Difailkan dalam: ADR Pkln Chepa, JK Khas

arahkan BPR pergi siasat,nak tunggu apa lagi,atau mungkin tak cukup staf sebab semuanya dah di kerahkan ke kelantan
krejaan BN trengganu mmg jahanan..mkn duit rakyat..halau rakyat…mampus idris jusoh
JK Intergriti Parlimen ni memang begitu dah dekat..PRU12 ,tunjuk buat kerja..bagus..telus..iniaku tau dah ..memang mcam dulu dulu..beratur masuk TV3..kisah rasuah le..kisah salahlaku..konon TELUS , BERANI ,…
tapi last2 tak de kes,…
buat GEMPAK je….
aku pun boleh jadi ahli MP…kalau gitu..gitu..