Tahap kesan kesihatan penapis air membimbangkan

Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang) melahirkan kebimbangan tentang tahap dan kesan kesihatan terhadap rakyat Malaysia sering membelanjakan wang untuk membeli penapis sama ada menggunakan batu-batu atau mineral bagi mendapatkan air yang bersih.

Dr Mohd HayatiDr Hayati mempersoalkan sama ada Kementerian Kesihatan ada menjalankan penyiasatan terhadap penapisan atau yang menggunakan mineral daripada segi kandungan bahan-bahan berat seperti zink atau bahan mineral lain terutama penapis yang menggunakan batu batan.

“Apakah air yang dihasilkan daripada penapis ini memberi kesan buruk kepada kesihatan kerana ramai yang tidak percaya keselamatan bekalan air awam,” soalnya.

Beliau berkata demikian sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sessi soal jawab di Dewan Rakyat semalam.

Dalam reaksinya kepada soalan tersebut, Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Dr Abdul Latif Ahmad menjelaskan, kerajaan sedang menyediakan satu bil perubatan, medical divise act.

Bagaimanapun belaiu mengakui, pada masa ini, tidak ada perundangan khusus bagi memastikan air yang diminum daripada proses penapisan adalah lebih baik serta tidak mendatangkan kesan.

Dalam soalan asal Jimmy Donald (BN- Sri Aman) meminta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada semua air paip yang disalurkan oleh badan-bdan kerajaan selamat diminum tanpa rawatan selanjutnya.

Jimmy sewaktu mengajukan soalan tambahannya menyatakan timbul sikap ‘tidak percaya’ orang ramai’ terhadap mutu air paip yang menyebabkan orang ramai terpaksa menggunakan cara lain bagi menentukan air paip itu selamat.

Jelas Abdul Latiff, pihak kementerian berusaha memastikan bahawa air yang dibekalkan melalui bekalan awam adalah selamat daripada tiga sudut iaitu tidak ada bahan-bahan biologikal, tidak ada logam berat serta tidak mempunyai bahan-bahan resedur seperti prestisite.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.