Parlimen Bocor: Aneh, bagaimana sampah boleh dibuang ke atas? tanya Dato Halim

“Mengapa parlimen bocor? Dua tahun dahulu kita sudah dapat laporan ‘water proofing’ yang sedia ada. Tetapi apa sudah jadi? Semua kotoran daripada bawah dibuang ke atas. Ada kayu, ada simen dan macam-macam. Semuanya merosakkan ‘water proofing’ yang sedia ada.”

Dato Ab Halim b Ab Rahman Itulah antara jawapan yang diberikan Menteri Kerja Raya, Dato’ S.Samy Vellu sewaktu menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai kes kebocoran bangunan parlimen yang dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini.

“Kalau orang tidak usik ‘water proofing’ yang sedia ada tidak ada masalah. Lebih baik saya panggil semua ahli parlimen untuk tengok. Saya sendiri sudah memeriksa beberapa kali. Saya minta jangan buang sampah sarap di sana. Saya akan letak papan tanda ‘Dilarang membuang sampah sarap di sini’,”katanya yang disambut gelak ketawa ahli parlimen yang lain.

Sementara itu, jawapan Samy mengenai kebocoran Parlimen diselar Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa).

“Mendengar jawapan daripada menteri tadi, aneh juga. Bagaimana sampah boleh dibuang ke atas? Adakah itu punca yang sebenar? Saya nak tanya, Parlimen ini sudah lebih daripada 40 tahun. Bagaimana nak jamin jangka hayat ini agar ‘fresh’ balik ataupun boleh bertahan.

“Bolehkah YB jamin bahawa Parlimen ini setelah dibaiki tidak bocor lagi ataupun perlu dibuat semua daripada kita menghabiskan wang yang begitu banyak?” soalnya.

Samy dalam jawapannya menyatakan pihaknya mengetahui apa yang berlaku serta mempunyai kelayakan untuk memeriksa kebocoran yang berlaku.

“Saya tidak tuduh sesiapa membuang sampah di sana tapi sampah ada. Bila sampah terdapat di sana, ‘water proofing’ sedia ada akan rosak,” katanya.

Terdahulu Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) menyatakan kekesalan dengan kebocoran bangunan yang berlaku semalam, walaupun kosnya ditambah kepda RM12 juta untuk memperbaiki bumbung. Beliau turut mempersoalkan kenapa pemulihan lebih menumpukan kepada perkara ‘kosmetik’, tidak kepada struktur.

“Setelah meneliti jawapan panjang lebar Yang Berhormat Menteri, memang saya rasa daripada segi teorinya saya boleh terima tetapi daripada segi praktikalnya saya minta YB menerangkan apakah tindakan yang diambil.

“Kita lihat bangunan parlimen dan mahkamah bocor. Dan saya tidak dapat dengar satu jawapan apabila perunding atau kontraktor yang membina telah melakukan kecuaian. Dan kita juga tidak mendengar satu klause yang menyatakan penalti atau hukuman akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Beliau juga secara sinis menyatakan sejak kemerdekaan, JKR membelanjakan dalam mana-mana kontrak kerajaan untuk kerja pemantauan dan penyeliaan.

“Saya tak nampak di mana barunya benda ini. Dulu, kini dan selamanya itulah JKR,” katanya yang tidak berpuas hati dengan pendekatan yang digunakan JKR baru-baru ini yang menyatakan pemantauan penyediaan bagi menangani kes kebocoran bangunan parlimen dan mahkamah menjadi satu ‘competent’ baru. – mks.

Teks Penuh

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Mendengar jawapan daripada Yang Berhormat Menteri tadi aneh juga, dipersalahkan kepada sampah. Takkanlah orang bawa naik sampah ke sana, mungkin pegawai-pegawai di sini ada buang sedikit tetapi itukah punca yang sebenar?

Saya nak tanya Parlimen ini dah lebih daripada 40 tahun, bagaimana hendak jamin jangka hayat ini, segala-galanya akan fresh balik ataupun boleh bertahan? Bolehkah Yang Berhormat jamin bahawa Parlimen ini selepas dibaiki tidak bocor lagi? Ataupun perlu dibuat semula daripada kita menghabiskan wang yang begitu banyak. Terima kasih.

Dato’ Seri S. Samy Vellu:
Untuk makluman Yang Berhormat, minta saya benarkan, saya benarkanlah, lagi apa? Kami tahu mengapa ini berlaku, kami mempunyai kelayakan untuk memeriksa dan juga untuk mendapat tahu apa yang berlaku di sana.

Saya tidak menuduh sesiapa, siapa yang buang sampah sana tetapi sampah ada. Berapa banyak kayu telah dibuang di atas, bila kayu ini sampah sudah ada di sana, water proofing yang sedia ada rosak. Bila water proofing rosak, mestilah…

Di sini untuk makluman Ahli Yang Berhormat, water proofing di atas lantai ini ada dua structure. Satunya, untuk memberi angin kepada kawasan ini kalau tidak kawasan ini akan panas. Jadi ada dua water proofing, bawah satu, atas satu, atas sudah rosak, bawah mesti rosaklah.

Kalau Yang Berhormat mahu, saya boleh bawa satu pelan kasi tunjuk mengapa ini rosak. Kalau mahulah? Boleh saya bagi satu pelan, apa pasal ini rosak? Mengapa ini rosak? Siapa kasi rosak? Macam mana kayu simpan di sana, macam mana boleh rosak? Buang pasir di sana, macam mana boleh rosak? Saya boleh beri satu keterangan kepada Ahli Yang Berhormat.

About these ads

Satu Respons

  1. 12 Juta baiki bumbung je? Oi Samy. Balik India la.. Bodoh A/L Bengong!

    p/s: A/L = Anak Longkang

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers