Salahuddin serah memorandum kepada Ketua Polis Negara esok

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub akan mengetuai anggota Dewan Pemuda PAS dan pimpinan PAS untuk menyerahkan memorandum kepada Ketua Polis Negara mengenai anggota Polis menggunakan peluru hidup dalam Insiden di Batu Buruk, sabtu lalu.
Memorandum tersebut akan diserahkan pada 12 September 2007 (Rabu) jam 12.00 tengahari di Pejabat Ketua Polis Negara, Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Salahuddin kemuka usul bincang perlantikan Tan Sri Zaki sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub telah mengemukakan usul tergempar dibawah peraturan 18 (1) bagi merundingkan dan membincangkan isu perlantikan Tan Sri Zaki Tun Azmi yang penuh kontroversi sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan.
Sekira dibenarkan oleh Speaker Dewan Rakyat, usul tersebut akan dibacakan oleh Salahuddin pada 12 September 2007 jam 11.30 pagi.
Teks penuh usul adalah seperti [...]

Sidang Dewan Rakyat sesi pagi

Isu keganasan Polis di Batu Burok, Terengganu dan bakar bendera
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dato Abdul Halim Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencelah ketika Dato’ Raja Ahmad (BN Larut) mencapan ucapan. [11 September 2007]

Kenyataan pemimpin Negara tidak konsisten – Abdul Fatah

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri tidak konsisten dan tidak seragam jawapannya berhubung status Malaysia Negara Islam pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau mempertikaikan jawapan yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz mengenai langkah-langkah untuk mengatasi kebimbangan yang kerap ditimbulkan oleh pelbagai [...]