Dato’ Halim minta Kerajaan hapuskan ‘faedah’ pinjaman perumahan dan kereta kakitangan

Dato’ Haji Ab. Halim bin Ab. Rahman [Pengkalan Chepa]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya hendak bercakap ringkas dan padat di bawah Butiran 010400 – Pengurusan Pinjaman Perumahan.

Di dalam bajet ini ada dianggarkan RM23 juta untuk projek itu. Negara ini diisytiharkan negara Islam dan pendekatannya yang mana Yang Berhormat-Yang Berhormat Menteri-menteri, pendekatan Islam Hadhari, saya hendak tanya, kalaulah negara ini Islam, dia tidak boleh ambil, tidak boleh lagi dia mengenakan faedah kepada pinjaman.

Pinjaman perumahan kakitangan kerajaan dan kenderaan, termasuk Ahli-ahli Parlimen, termasuk Tuan Speaker. [Disampuk] Ya, tidak boleh. Kalau perkhidmatan, mesti check balik adakah kakitangan itu di bawah JPA. Kalau kakitangan khas, dia boleh ambil perkhidmatan hanya sekadar untuk menampung gaji pengurusan itu sendiri. Kalau tidak, ia hanya retorik dan isytihar itu adalah isytihar munafik.

Kena hapuskan ini. Saya minta supaya peruntukan untuk pinjaman kenderaan kakitangan awam
ini supaya sampai kepada RM50 juta. Ini kena halusi. Kalau tidak, tidak usah isytihar negara
Islam. Bohong sahaja.

Yang kedua, Tuan Pengerusi, di bawah Butiran 021700, 021800, 021900 iaitu mengenai Pengurusan Sisa Pepejal, bantuan kepada Syarikat Alam Flora dan juga Southern Waste.

Saya hendak tahu adakah peruntukan tahunan ini tiap-tiap tahun diberi ataupun hanya geran luncheon sahaja. Jadi kalau ini, ini satu syarikat swasta, kenapa kita membantu. Kenapa? Ini saya hendak tahu penjelasannya. Berapa perolehan-perolehan yang mesti dibantu?

Perolehan daripada syarikat ini dan yang dibantu ini berapa banyak setiap tahun. Ini saya rasa satu amalan yang tidak patriotisme yang diamalkan oleh kerajaan kerana syarikat ini bukan syarikat GLC – syarikat kerajaan dan syarikat swasta.

Kalau hendak memperkasakan kutipan PBT ini mestilah memperkasakan keadaan kewangan PBT. Ini kerajaan. Itu boleh. Tetapi syarikat swasta memang tidak boleh, tidak diamalkan sama ada di Amerika ataupun di England ataupun di France. Jadi apa sebenarnya pengurusan kewangan yang dibuat oleh kerajaan ini? Itulah sahaja, Tuan Pengerusi. Terima kasih.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.