Dr Hayati ingin tahu statistik ‘denggi bermutasi’ dalam negara

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam jawapan nombor 7 semalam, Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ada menyebut tentang mutasi kepada virus denggi ini.

Soalan yang ingin saya tanya apakah jumlah ataupun kalau tidak ada statistik sekarang, boleh beri jawapan bertulis. Jumlah denggi yang disebabkan oleh virus yang bermutasi ini dalam negara kita?

Apakah langkah-langkah kerajaan ataupun kementerian dalam menghadapi virus yang bermutasi yang menyebabkan denggi ini. Ini kerana kita tahu trend denggi sekarang ini, bukan macam trend dahulu, ia ada demam, ada rashes, ada sakit tulang-tulang, kemudian shock syndrome, lepas itu mati.

Sekarang ini apabila kes datang ke klinik ataupun hospital, dia demam tanpa rash, kalau kita buat health test pun negatif, tapi bila masuk wad empat lima hari terus meninggal disebabkan oleh denggi shock syndrome.

Jadi soalan saya berapakah statistik tentang denggi disebabkan virus bermutasi ini? Apakah kerajaan mempunyai satu cara untuk mendiagnosis dengan cepat macam kita ada test kit seperti pada penyakit tifoid ataupun untuk pregnancy test.

Kalau sekiranya belum ada, adakah kerajaan bercadang untuk membentuk ataupun membuat kajian supaya test kit ini dapat kita lakukan kerana saya takut, bimbang trend denggi yang sekarang ini boleh menyebabkan kematian dengan segera dan cepat dan kita dapat kesan seperti mana denggi sebelum ini. Terima kasih.

Dato’ Lee Kah Choon (Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan): Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan denggi ini, pada masa sekarang kita mempunyai empat jenis strain yang kita ada iaitu dengue 1, dengue 2, dengue 3 dan dengue 4. Ini bermakna apabila seseorang itu mendapat dengue 1, dia tidak mengatakan bahawa dia tidak boleh dapat dengue 2. So ini bermakna bahawa kalau seseorang itu mendapat dengue 1 barangkali dia akan dapat dengue 2 dan dengue 3, dengue 4 dan sebagainya.

Dari strain ini, dia memang ada mutasi yang sentiasa berubah-ubah. Dari segi tindakan kerajaan, pada masa sekarang kita tidak mempunyai satu ubat lagi kerana untuk mengatasi demam denggi ini. Apa yang kita buat adalah kes management.

Apabila mereka datang kepada kita, kita akan membuat pemeriksaan dan kita telah dapat memendekkan test yang kita dapat ini supaya kes management ini adalah lebih tepat supaya mereka boleh menggunakan pertahanan badan mereka untuk melawan virus yang terdapat dalam badan mereka.

Dari segi penyelidikan juga, kita sentiasa, institusi kita iaitu IMR iaitu Institute Medical Research sentiasa membuat penyelidikan mencari jalan bagaimana kita dapat:
(i) memahami tabiat nyamuk ini;
(ii) memendekkan pemeriksaan kita; dan
(iii) untuk mencari kaedah bagaimana kita dapat mengatasi demam denggi ini. Sekian.

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tentang test kit tadi?
Dato’ Lee Kah Choon: Berkaitan dengan test kit, kita memang ada beberapa variant di dalam market, tetapi kita kena cari satu yang tepat lagi cepat. Itu adalah satu cabaran kepada kita tetapi kita kena identify mana yang sesuai. Sekian.

Soalan asal Tuan Aaron Ago Anak Dagang [Kanowit] minta Menteri Kesihatan menyatakan keadaan sebenar di Sarawak berkenaan dengan kes jangkitan denggi yang nampaknya semakin meningkat dibandingkan dengan tahun-tahun yang lepas. Berapakah peruntukan tahunan yang disalurkan bagi mengatasi masalah tersebut.

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers