Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya amat bimbang tentang fenomena Ah Long ini tambah-tambah lagi ramalan ekonomi kita amat buruk di masa yang terdekat ini, dengan ramalan dan pengakuan oleh The Sunday Star baru-baru ini, bahawa inflasi sebenarnya bukan 2% yang diumumkan oleh kerajaan secara rasmi tetapi lebih berbentuk 20%.
Kalau kita kira bahawa harga minyak petrol akan naik 70 sen seliter selepas pilihan raya umum yang akan datang ini, harga tol akan dinaikkan, maka inflasi akan menjadi lebih teruk dan orang ramai akan terpaksa meminjam secara betul atau tidak betul.
Soalan tambahan saya Tuan Yang di-Pertua, ialah jawapan penghujung Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi tentang sistem-sistem pinjaman mikro yang lainnya.
Saya hendak bertanya kepada kementerian sama ada ianya akan terus menggalakkan lagi sistem pajak gadai terutamanya bagi masyarakat Melayu, sistem pajak gadai Islam yang nampaknya dalam pengalaman negeri Kelantan telah mencapai kejayaan yang amat baik, di mana diwujudkan sistem pajak gadai Islam di kebanyakan daripada bandar-bandar besar di Kelantan dan amat berjaya.
Adakah kementerian berhajat untuk mempelajari kejayaan negeri Kelantan ini dalam semangat Wilayah Pembangunan Timur dan sebagainya, dan memastikan bahawa di negeri-negeri lain di negara kita ini sistem itu dilaksanakan juga. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Hilmi bin Yahaya (Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan): Tuan Yang di-Pertua, saya sebut tadi tentang institusi perbankan yang telah pun ada sistem mikro kredit ini termasuk juga peminjam-peminjam wang
yang berlesen.
Tidak lupa juga saya hendak sebut tentang TEKUN di bawah kementerian lain dan juga Amanah Ikhtiar Malaysia. TEKUN di bawah MECD, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Amanah Ikhtiar Malaysia di bawah Kementerian Kewangan, dan mereka juga aktif di masyarakat untuk memberi pinjaman dan amat mudah sekali untuk membuat pinjaman dan kadarnya amat tinggi sedikitlah, kadar interest agak tinggi sedikit.
Tentang Ar-Rahnu ini sebenarnya adalah dimulakan oleh Kerajaan Pusat dan diwujudkan di tiap-tiap negeri bukan di Kelantan sahaja, memang tiap-tiap negeri ada. Jadi tidak perlu, kita belajar sesama sendiri tidak payah kata orang lain kena belajar daripada Kelantan, tidak.
Semua sekali tiap-tiap negeri pun ada. Jadi seperti yang disebut tentang inflasi tadi Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya yang dilaporkan dalam surat khabar, itu dia mengambil sebahagian
sahaja daripada basket, goodsnya kita ambil sebagai indicator Tuan Yang di-Pertua.
Ada yang kenaikannya rendah ada yang tinggi, ada hal-hal bahan makanan dia naik tinggi sedikit, tetapi kalau dibandingkan keseluruhan dalam basket itu yang ada lebih daripada 1,000 barangan, kalau dikira sekali memang inflasi kita dalam lingkungan 2%, begitu sahaja. Jadi kalau dia ambil hanya bahan makanan memang tinggi Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.
Soalan asal Tuan Teng Boon Soon [Tebrau] minta Menteri Kewangan menyatakan adakah kredit mikro yang dilaksanakan oleh bank-bank komersial semenjak Disember tahun 2006 sudah
berjaya mengurangkan kes-kes penganiayaan Ah Long terhadap peminjam Ah Long. Jika tidak,
mengapa.
(7 November 2007)
Difailkan dalam: ADR Tumpat

Sebenarnya, saya tidak hairan jika satu hari nanti harga minyak di malaysia akan sama kesnya dengan harga minyak di New Delhi, itulah sebabnya mereka lebih banyak naik keretapi.
Walaupun sudah berpuluh, malah beratus tahun syarikat-syarikat minyak di Malaysia bertapak, namun mereka tidak langsung boleh menyumbang dari segi subsidi sebagai penghargaan kepada sokongan rakyat Malaysia kepada mereka. Ironinya, Malaysia juga adalah negara pengeluar minyak dan gas asli. Minyak sendiri di jual kepada rakyat sendiri dengan harga yang amat tinggi. Anak orang didodoikan, anak sendiri dicekik.
Kerajaan tidak habis-habis mengungkit perihal subsidi, tetapi mereka lupa, rakyatlah yang melantik mereka, kerana yakin mereka boleh membantu dan melindungi rakyat.Jika sudah tidak boleh melindunig rakyat, sila berundur.
Mana hasil negara yang dikutip dari rakyat selama ini? Cukai pendapatan, cukai jalan, cukai pintu, cukai tanah, cukai perniagaan dsb? Belum tanya pasal zakat yang amat susah hendak dituntut oleh mereka yang layak.
Nak dikata jalan raya kita ditahap sempurna, tak juga. Beberapa hari lepas tiga orang penuntut Politeknik Ungku Omar di Ipoh terjatuh dlm lubang sedalam dua meter, di tengah jalan raya. Belum cerita pasal jalan raya retak sana sini. Lebuh raya? Bukankah mereka bawah seliaan ‘konsesi’ lebuhraya masing-masing?
Fikirkan lah.