Dakwat ‘Indelible ink’ dicalit pada kuku jari telunjuk sebelah kiri pada pilihanraya ke 12

Majlis Kebangsaan telah memutuskan dakwat ‘indelible ink’ tidak mengandungi bahan-bahan najis yang haramkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudarat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata penggunaan indelible ink dibenarkan oleh syarak dan justeri itu SPR akan mula menggunakan dakwat ini [...]

Salahuddin: Apakah sikap negara kita terhadap isu nuklear Iran?

Tuan Salahuddin bin Ayub [Kubang Kerian]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Saya ingin menyentuh tentang dua perkara sahaja. Tentang perkara 050000 – IDHL dan juga tentang perkara yang melibatkan 020000 – Hubungan Dua Hala Dan perancangan Dasar.
Tuan Pengerusi, peruntukan yang diperuntukkan bagi tahun ini, bagi IDHL saya nampak merosot daripada RM11,815 [...]

‘Menteri tak ada standard’ jaga RTM untuk propaganda Umno

Pelajar celaru mental akibat campurtangan pemimpin Umno

Tuan Haji Abdul Fatah bin Haji Haron [Rantau Panjang]: Terima kasih. Adakah kerajaan sedar ramai murid yang jadi tidak menentu dan bercelaru mental sehingga dibuang daripada sekolah hasil daripada kecelaruan pentadbiran sekolah oleh kerana tekanan politik, campur tangan orang politik terlalu banyak di akar kering. [Dewan gamat]
Tuan Haji Abdul Fatah bin [...]

Dr Hayati minta kerajaan beri insentif kepada penternak individu

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Selain daripada belangkas, banyak kajian yang dibuat terhadap haiwan-haiwan yang hidup dalam negara kita ini memberi kesan positif terhadap kesihatan dan juga kegunaan untuk pertanian, misalnya lintah. Yang lain adalah cacing untuk membuat baja kompos.
Jadi soalan saya kepada Kementerian [...]

‘Menteri makan gaji buta’ akibat kemerosotan ranking Universiti

Merosotnya ranking universiti-universiti di negara ini mesti dipersalahkan kepada kerajaan terutama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed.
Sambil menyatakan kekesalan terhadap kemerosotan yang amat memalukan negara itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang Haji Abdul Fatah Harun menyifatkan perkara itu berpunca dari kesibukan Menteri Pengajian Tinggi, naib-naib canselor dan pihak berkuasa di universiti sibuk berpolitik untuk memastikan [...]

Kemerdekaan negara kita bermula dengan tunjuk perasaan

Kemerdekaan negara ini bermula dengan demonstrasi dan tunjuk perasaa yang digerakkan oleh para pejuang kemerdekaan, kata Ahli Parlimen Pendang, Dr Mohd Hayati Othman.
Sambil menolak dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kononnya perhimpunan aman rakyat bukan cara Malaysia, Dr Hayati berkata sejarah merakamkan dengan terang dan jelas bahawa para pemimpin Umno sendiri berdemonstrasi [...]