Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Ada dua Butiran 89000 dan juga 60000.
Dua tahun lepas diumumkan pengambilan balik tanah untuk membesarkan jalan daripada pekan Pendang ke Sungai Tiang dan penama-penama telah dipanggil untuk berbincang tentang harga tetapi sejak akhir tahun ataupun sejak tahun ini ianya sudah senyap.
Jadi saya hendak tahu sama ada pembesaran jalan Pendang ke Sungai Tiang ini benar-benar akan dijalankan kerana pemilik-pemilik tanah sedang tertanya-tanya sama ada projek ini berterusan ataupun sudah dibatalkan.
Yang keduanya tentang menaik taraf jalan dan juga laluan iaitu 60000. Kita dapati daripada Pendang ke Alor Star banyak tempat-tempat yang menjadi bottle neck. Saya sebut di sini iaitu Titi Haji Idris, di Sekolah Menengah Tajar, di pekan Tanah Merah dan juga di pekan Pendang sendiri.
Saya rasa Yang Berhormat Menteri pun sudah tahu semasa pilihan raya kecil dulu berkampung di Pendang semasa 2002.
Jadi maknanya jalan-jalan ini sentiasa menjadi bottle neck terutama sekali pada peak hours. Jadi saya harap apabila mid term review nanti jambatan-jambatan yang sempit ini diberi perhatian. Sekian, terima kasih.
Difailkan dalam: ADR Pendang
