Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kita tahu banyak kawasan-kawasan Projek Lebuh Raya Utara-Selatan membina jejambat.
Di bawah jejambat ini biasanya dibiarkan kosong dan kawasan ini tidak kena hujan dan tidak kena panas. Apakah kementerian ingin menurunkan sesuatu dasar kepada pihak PBT, supaya tempat-tempat ini sesuai dijadikan gerai-gerai untuk dibuat gerai jualan barang-barang makanan ataupun barang-barang kraf tangan. Kerana banyak tempat-tempat ini yang boleh kita majukan untuk dibuat gerai-gerai ini. Terima kasih.
Dr. S. Subramaniam: Lebuh-lebuh raya di bawah Kementerian Kerja Raya dan lebuh raya besar di bawah PLUS di mana pihak kerajaan tempatan tidak mempunyai kuasa untuk memberi gerai atau membina gerai. Terima kasih.
Difailkan dalam: ADR Pendang
