Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Pengerusi, beberapa butiran 030200 – Pengurusan Hospital. Baru-baru ini Hospital Kepala Batas telah mengadakan satu unit baru iaitu TCM atau Traditional and Complimentary Medicine.
Jadi saya inginkan penjelasan bagaimanakah pengamal-pengamal TCM ini dipilih untuk bertugas di hospital berkenaan? Apakah mereka ini berdasarkan kepada memang kita tahu bomoh-bomoh ini dia tidak ada kelulusan dan juga tidak ada universiti ataupun kursus-kursus khas yang diikuti oleh mereka.
Bagaimanakah dipilih mereka-mereka yang boleh bertugas di hospital begini dan dari segi tangga gaji dan imbuhan yang diberikan apakah mereka ini ada gred-gred dia yang bertugas di situ.
Apakah lagi jenis-jenis complimentary medicine yang diamalkan di Hospital Kepala Batas ini termasuk dalam unit TCM ini. Apakah termasuk juga homeopati, urutan atau akupunktur kerana kita tahu di negara-negara maju mereka memang mempunyai complimentary medicine ini seperti homeopati yang dijadikan hospital yang agak besar untuk memberi rawatan. Kerana kita
tahu homeopati di negara kita ini memang di Utara, di tengah dan di Selatan mempunyai kumpulan-kumpulan mereka yang tersendiri.
Jadi apabila mereka mempunyai ketua-ketua yang berasingan maka mereka tidak bersatu di bawah persatuan homeopati yang satu. Jadi saya harap kementerian dapat memberi penjelasan, apakah kita mempunyai satu agenda terhadap homeopati ini supaya mereka ini dapat mewujudkan satu complimentary medicine kepada perubatan yang kita ada pada hari ini. Apakah hospital-hospital lain juga akan mempunyai unit TCM atau Traditional and Complimentary Medicine ini?
Yang kedua, 60000 iaitu berhubung dengan farmasi lebih-lebih lagi regulatory pharmacy. Saya lihat banyak brochure yang di hantar kepada klinik-klinik berhubung dengan peralatan perubatan dan Timbalan Menteri pun telah berjanji akan mengadakan satu akta berhubung dengan peralatan perubatan ini. Saya amat bimbang kerana ramai masyarakat terpengaruh peralatan ini yang mengatakan apabila digunakan boleh menyembuhkan berbagai jenis penyakit.
Misalnya kalau letak di dada boleh menghilangkan asma, letak di luka ataupun di ulser boleh menyembuhkan ulser dan letak di lutut boleh menghilangkan gout dan juga penyakit-penyakit sendi.
Apakah kementerian telah mengkaji keberkesanan alat-alat ini supaya ianya tidak menjadi satu liabiliti di dalam masyarakat. Begitu juga dengan penyakit-penyakit kronik seperti diabetes dan hypertension. Mereka juga mengatakan peralatan perbuatan ini boleh
menyembuhkan penyakit diabetes dan hypertension. Ini merupakan satu kebimbangan yang perlu diberi perhatian.
Yang ketiga 31600 – Pembedahan Neuro, perubatan neurosurgeri, saya dapati di daerah Utara Semenanjung hanya Hospital Pulau Pinang yang mempunyai kemudahan ini dan ini pun tidak dapat memberikan ruang yang cukup kepada rakyat di Utara Semenanjung. Baru-baru ini ada kes yang ditangguhkan penghantaran daripada Hospital Alor Star kerana tidak cukup katil.
Saya hendak tahu berapakah jumlah katil untuk neurosurgeri sahaja khususnya untuk neurosurgeri memberi rawatan-rawatan operation untuk neuron ini di Hospital Pulau Pinang dan setakat manakah kemampuan yang boleh mereka lakukan terhadap pesakit-pesakit terutamanya yang berada di Utara Semenanjung Malaysia.
Kemudian 10200 tentang housemanship baru-baru ini Kementerian Kesihatan melalui Menteri Kesihatan mengatakan housemen yang baru tahun depan ini akan dilanjutkan sehingga dua tahun. Jadi saya hendak tahulah setakat mana senioriti mereka ini dikira. Apakah setelah habis dua tahun housemanship baru mereka ini di masukkan ke dalam kategori dan bagaimanakah polisi untuk mengatur tugas-tugas mereka.
Apakah mereka ini diwajibkan untuk ke hospital-hospital daerah untuk memberikan exposure kepada mereka tentang rawatan-rawatan penyakit yang terdapat di luar bandar dan juga bandar kerana saya mempunyai pengalaman yang banyak tentang penyakit luar bandar dan di bandar.
Misalnya kalau ada snake bite di Hospital Kuala Lumpur kita terpaksa mengadakan seminar tetapi kalau kita pergi ke Hospital Baling memang sehari sampai empat lima kes kita merawat kes snake bite di hospitalhospital daerah.
Seterusnya tentang Peralatan dan Kenderaan – 01100, saya harap kementerian perlulah memberi perhatian terhadap apa juga masalah berhubung dengan kenderaan terutamanya di kawasan luar bandar kerana kita dapati ada kes-kes di mana driver ambulans yang beberapa kali saya telah kemukakan masalah ini. Driver ambulans keluar ke pekan ataupun ke tempat-tempat lain memancing misalnya.
Maknanya kemudahan-kemudahan yang perlu kita segerakan tidak dapat disegerakan kerana kerenah-kerenah daripada sumber manusia ini.
Kedua tentang apakah mereka-mereka ini diadakan ataupun diberikan coverage kursus terhadap insurans apabila berlaku kemalangan kepada mereka. Kerana banyak pemandupemandu ini yang merungut kerana selain daripada yang biasa mereka gunakan dapat insurans ini tidak ada perlindungan-perlindungan yang lain yang dikhususkan untuk drivers ambulans.
Last sekali, Butiran 04000 iaitu tentang janji untuk mengadakan hospital baru di Pendang. Bagaimanakah keadaannya? Satu lagi saya ingin tahu semasa mula tanah itu diambil telah berlaku kecurian tanah merah di tapak Hospital Pendang yang bakal diadakan itu.
Apakah perkembangan pencuri-pencuri tanah di tapak Hospital Pendang itu, apakah mereka ini telah ditangkap ataupun masih lagi berkeliaran kerana selepas kita buat report tidak ada lagilah kecurian tetapi saya hendak tahu perkembangan. Sekian Tuan Pengerusi, terima kasih. (Peringkat Jawatankuasa – Kementerian Kesihatan – 3 Disember 2007)
Difailkan dalam: ADR Pendang
