POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sudah membuat satu tangkapan dan empat kes lagi kini dalam siasatan berhubung laporan penyebaran fitnah dalam laman blog yang dikendalikan rakyat negara ini, kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow.
Beliau berkata, kerajaan memandang serius fitnah yang dilakukan dalam laman blog kerana ia boleh mengancam ketenteraman awam.
Menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (Pas -Tumpat) yang meminta kerajaan mendedahkan semua maklumat untuk mengatasi masalah fitnah melalui blog, Fu berkata, ada maklumat yang tidak boleh didedahkan kepada umum jika ia mengancam keselamatan dalam negeri.
Berikutan itu, katanya, PDRM melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sudah menubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia untuk memantau perkembangan terbaru dalam internet.
“Bagi kes tangkapan yang dibuat itu, penyiasatannya kini pada peringkat akhir sebelum PDRM memutuskan sama ada mendakwanya atau tidak,” katanya ketika menjawab soalan Raime Unggi (BN-Tenom) mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap penulis blog yang menyebar fitnah.
Beliau berkata, kerajaan tidak mahu melanggar jaminannya yang dibuat ketika pelancaran Koridor Raya Multimedia (MSC) dulu.
Katanya, penulis blog yang didapati menyalahgunakan ruangan untuk menyebarkan fitnah atau memutarbelitkan sesuatu fakta boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan dan juga Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau berkata, pihak berkuasa juga menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti pengendali sesuatu laman blog, termasuk tidak menggunakan nama sebenar atau server luar negara.
Difailkan dalam: ADR Tumpat

Sempena Maal Hijrah yang baru berlalu, saya dengan ini secara rasminya menghasut diri saya untuk membuat perubahan dari yang buruk kepada yang baik.
Saya juga ingin menyalahgunakan maklumat yang saya dapati dari akhbar (bakal bekas kerajaan/bakal kerajaan), internet dan sebagainya untuk menghasut diri saya sendiri dalam membuat keputusan mengenai siapakah yang akan menerajui kepimpinan negara Malaysia tercinta ini
Undi saya rahsia dan untuk yang diyakini baik dan berkebajikan sahaja. Parti Umno kah? PAS kah? Pak SHIT SPR mungkin tahu.
Saya juga akan sebarkan fitnah kepada diri saya agar membuat keputusan yang bijaksana di pilihanraya nanti dengan akal yang dikurniakan Allah s.w.t.
Saya juga berjanji akan memutarbelitkan berita yang sedia terbelit agar kembali lurus seterusnya membantu saya membuat keputusan yang bijaksana juga bila tiba masanya.
Adakah akta untuk menghukum saya yang gunakan akal sendiri kurniaan Illahi dalam menghasut, memfitnah dan menyebarkan berita palsu untuk diri sendiri agar membuat perubahan ke arah kebenaran? Mungkin perlu rujuk dengan Lingam dulu kerana dia yang paling berkuasa di Malaysia melebihi hakim-hakim Melayu (Islam?).