Dr Hayati: Biodiesel dari restoran segera?

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Kalau kita membaca website tentang biodiesel, misalnya salah satu daripadanya menggambarkan bahawa di negeri maju, misalnya di USA telah menggunakan minyak hasil daripada restoranrestoran makanan segera yang sepatutnya dibuang, tetapi digunakan untuk menjadikan bahan api untuk kenderaan. Kalau tidak silap saya mungkin sampai dua trilion liter setahun.

Jadi, apakah Malaysia juga mempunyai pemikiran ke arah itu hasil daripada restoran-restoran makanan segera yang menggunakan minyak sawit yang tidak boleh kita gunakan untuk memasak lagi untuk digunakan sebagai bahan biodiesel. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Dato’ Dr. S. Vijayaratnam: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Pendang. Kerajaan belum berhasrat mengkaji kegunaan minyak masak yang dibuang untuk kegunaan biodiesel. Walau bagaimanapun ini adalah satu cadangan yang baik
dan satu proses yang akan dikaji pada masa yang akan datang.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.