Soalan MP PAS – 6 Disember 2007

Soalan Jawab Lisan (Dewan Rakyat)

  • Soalan ke 10 – Tuan Haji Abdul Fatah Bin Haji Harun [ Rantau Panjang ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan kenapa Projek Istana Negara baru ditawarkan dengan harga terlalu tinggi, kenapa tidak boleh dilaksanakan secara kaedah Runding Terus Konvensional atau Kaedah Selektif Tender seperti yang telah diamalkan pada lain-lain projek sebelum ini.
  • Soalan ke 13 – Dato’ Haji Abdul Halim Bin Abdul Rahman [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI PELAJARAN menyatakan apakah hikmahnya tindakan Kementerian menerima semula pelajar-pelajar yang telah dibuang oleh MRSM kerana disiplin untuk belajar semula di Sekolah Menengah Kebangsaan.
  • Soalan ke 22 – Tuan Haji Ismail Bin Noh [ Pasir Mas ] minta MENTERI SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang di ambil Kerajaan bagi melindungi Bandaraya Kuala Lumpur dari banjir kilat dan adakah sistem perparitan tidak cukup canggih bagi memastikan agar air tidak cepat bertakung dan sekali gus menjadi banjir.
  • Soalan Jawab Lisan (Dewan Negara)

  • Soalan ke 10 – Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan berapakah jumlah kes mengikut negeri yang dikendalikan oleh PERKESO berbanding nisbah pencarumannya dan jumlah kes yang berjaya diselesaikan.
  • Soalan ke 28 – Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan jenis dan bilangan jenayah ke atas kanak-kanak dan wanita sejak tahun 2005. Apakah tindakan Kementerian sehingga kini dalam membendung jenayah terhadap kanak-kanak dan kaum wanita.
  • Soalan ke 31 – Puan Mumtaz binti Md. Nawi minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan usaha-usaha untuk memberi pendidikan kepada petani khususnya untuk menambah nilai agar mengguna pakai teknik dan penghasilan produk pertanian bertaraf eksport dan meningkatkan imej dan jati diri petani terutama petani Bumiputera.
  • Soalan ke 34 – Puan Wan Ubaidah binti Omar minta MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan berpuas hati dengan perkhidmatan polis sejak laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perkhidmatan Polis dibuat dan apakah kesan dari pelaksanaan cadangan Suruhanjaya tersebut.
  • Tinggalkan jawapan

    Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.