Dr Hayati minta Kementerian Kesihatan kaji komplikasi kegemukan terhadap kencing manis

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Dalam jawapan yang telah diberikan oleh Setiausaha Parlimen tadi menghubung kaitkan di antara obesiti dengan diabetes mellitus iaitu satu penyakit kronik. Daripada pemerhatian rambang yang sahabat-sahabat dan saya buat, mereka-mereka yang mendapat rawatan permulaan dengan menggunakan injection insulin untuk diabetes mellitus ini didapati mempunyai mobiliti yang rendah berbanding dengan mereka-mereka yang mendapat rawatan daripada pil-pil untuk diabetes mellitus.

Daripada pemerhatian daripada sahabat-sahabat yang pulang daripada luar negara juga, kadang-kadang sampai 20 – 30 tahun mereka menggunakan injection insulin ini kurang mobiliti dia. Misalnya kerosakan saraf, masalah jantung, amat berkurangan berbanding dengan rawatan yang kita beri di dalam negara kita.

Jadi saya hendak tanya kepada kementerian, apakah kita mempunyai juga kajian-kajian terhadap bentuk rawatan awal kepada mereka-mereka yang terhasil daripada komplikasi kegemukan terhadap penyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus ini? Terima kasih.

Dato’ Lee Kah Choon: Terima kasih Yang Berhormat. Berkaitan dengan kencing manis ini, dia sentiasa mempunyai doktor-doktor yang tertentu. Kadang-kadang kita tidak boleh ambil dengan keseluruhannya. Dia kena tertumpu kepada badan seseorang itu. Mekanisme yang digunakan oleh setiap pesakit ini, dia berlainan dan saya yakin semua doktor-doktor ini dia akan membuat yang terbaik untuk pesakit mereka dan memilih mekanisme yang terbaik untuk pesakit mereka juga.

Saya rasa ini bukan jadi satu masalah di negara kita. Sekian.
(12 Dis 2007)

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.