Mesyuarat Pertama Penggal Pertama, Parlimen ke 12 Pada 28 April hingga 27 Mei 2008
Soalan Jawab Lisan
1. Dato’ Kamaruddin Jaffar (Tumpat) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah keputusan memohon maaf kepada Tun Salleh Abas akan dilaksanakan.
2. Dato’ Kamaruddin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI PENERANGAN menyatakan nilai keuntungan yang diperolehi oleh RTM hasil siaran iklan untuk Barisan Nasional di RTM pada kempen pilihanraya ke 12 yang lalu.
3. Dato’ Kamaruddin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan rancangan terkini kementerian untuk menaikkan taraf perkhidmatan kereta api ke negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
4. Dato’ Kamaruddin Jaffar (Tumpat) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah kerajaan bercadang untuk memindahkan kuasa ke atas Petronas daripada Perdana Menteri kepada Parlimen.
5. Dato’ Kamaruddin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI PENGAJIAN TINGGI menyatakan bilakah Akta Universiti dan Unversiti Kolej (AUKU)akan ditarik balik.
6. Dato’ Kamaruddin Jaffar (Tumpat) minta PERDANA MENTERI menyatakan bilakah Petronas akan membuka pengkalan khidmat (supply base) di Tumpat memandangkan operasi minyak dan gas yang meningkat di lautan Pantai Timur.
7. Dato’ Kamaruddin Jaffar (Tumpat) minta PERDANA MENTERI menyatakan jangkaan perolehan PETRONAS untuk tahun 2007 mengikut pecahan berikut:
i. Dalam Malaysia : (a) Semenanjung dan (b) Sabah dan Sarawak
ii. Luar Malaysia
8. Dato’ Kamaruddin Jaffar (Tumpat) minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan adakah penilaian terkini Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mencapai matlamatnya.
Difailkan dalam: ADR Tumpat, Soalan dewan
