Dr Hatta tumpu isu kesihatan rakyat di Parlimen

Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke 12 Pada 28 April hingga 27 Mei 2008

Soalan Jawab Lisan
1. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan samada Pakar Kesihatan Awam diiktiraf setaraf dengan pakar klinikal dari segi pembayaran elaun pakar.

2. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan samada kerajaan telah memutuskan doktor di klinik swasta tidak dibenarkan ’dispensi’ ubat dan jika ya bila polisi ini akan mula dilaksana.

3. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta MENTERI KESIHATAN menyatakan bilangan kes yang didakwa atas kesalahan di bawah ’Private Health Care Services & Family Act’ sejak dikuatkuasakan.

4. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta PERDANA MENTERI menyatakan alasan-alasan sebenar cadangan penggunaan dakwat kekal dalam pilihanraya umum yang lalu dibatalkan.

5. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan tindakan yang telah diambil ke atas pegawai polis yang melepaskan tembakan peluru hidup dalam kes himpunan Batu Burok tahun 2007.

6. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta MENTERI LUAR NEGERI menyatakan langkah-langkah yang telah diambil dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan Negara Kosovo yang baru merdeka.

7. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta PERDANA MENTERI menyatakan samada kerajaan pusat berhasrat menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan di negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat.

8. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta MENTERI PENERANGAN menyatakan waktu sebenar siaran langsung dari Dewan Rakyat dan rasional pemilihan waktu tersebut.

9. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI & HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan jumlah subsidi yang diperlukan dalam 2006, 2007, dan unjuran untuk 2008 bagi mengekalkan harga bahan bakar sekarang.

10. Dr. Mohd Hatta Md Ramli (Kuala Krai) meminta PERDANA MENTERI menyatakan samada Islam Hadhari terus menjadi pegangan kerajaan sekarang.

2 Respons

  1. wooooow tak hebatnya. soalan tentang babi tak ada ke.

  2. syabas mp krai

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.