Soalan Jawab Lisan
1.Dr Mohd Hayati Othman minta Perdana Menteri menyatakan apakah pencapaian positif yang berjaya dicapai ketika Malaysia menjadi pengerusi OIC kepada Negara-negara Umat Islam di seluruh dunia.
2.Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Pelancongan menyatakan perancangan untuk lima tahun akan datang dalam usaha menambah kedatangan pelancong kedalam Negara.
3.Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Pelajaran menyatakan
A.Jumlah perbelanjaan keseluruhan didalam usaha menukar bahasa pengajaran sains dan metametik dari Melayu ke Inggeris.
B Tahap pencapaian positif murid hasil dari perubahan tersebut yang telah diukur setakat ini dan kaedah ukuran yang digunakan.
4.Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Pengangkutan menyatakan
a.jumlah perbelanjaan keseluruhan didalam menaik taraf landasan KTM kepada “ double tracking”
b.jumlah penempatan /rumah yang terpaksa dipindahkan didalam pembesaran landasan ini.
5.Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan kerjasama antara Univesiti awam dan persatuan anak negeri agar usaha meningkatkan tahap kecemerlangan universiti tersebut tercapai.
6.Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah bantuan kewangan ( grant perkapita) yang diterima Kerajaan-kerajaan Negeri mengikut negeri-negeri sepanjang 5 tahun yang lepas mengikut tahun saperti termaktub didalam Perlembagaan Malaysia.
7.Dr Mohd Hayati Othman minta Perdana Menteri menyatakan program yang telah dan akan dilaksanakan didalam NCER yang melibatkan petani secara langsung dalam usaha menambah pendapatan mereka.
8.Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah tangkapan ikan Negara sepanjang 5 tahun lepas mengikut tahun dan kawasan pendaratan.
9.Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Keselamatan Dalam Negeri menyatakan jumlah kes jenayah yang dapat diselesaikan sepanjang 2005, 2006, 2007 mengikut kategori dan Negeri serta bentuk hukuman yang telah dikenakan.
10.Dr Mohd Hayati Othman minta Perdana Menteri menyatakan jumlah rakyat yang berada dalam kategori kemiskinan dan kemiskinan tegar mengikut negeri dari tahun 2000 hingga 2007.
Soalan jawapan bertulis
1 . Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Alam Sekitar menyatakan jumlah hutan simpan yang digazetkan dan jumlah kadar penebangan hutan mengikut negeri sejak lima tahun yang lepas.
2. Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Pelancongan menyatakan jumlah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk projek Eye on Malaysia dan jumlah perolehan yang dikutip dari projek tersebut.
3. Dr Mohd Hayati Othman minta Perdana Menteri menyatakan
a.jumlah dan peratus keluar mengundi pada pilihanraya umum 2008 bagi negeri dan parlimen mengikut negeri.
b.kawasan yang terendah dan tertinggi peratus keluar mengundi.
4. Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Kewangan menyatakan jumlah urusniaga perbankan Islam berbanding konvensional dalam masa 5 tahun kebelakangan ini bedasarkan kepada bank berkenaan.
5. Dr Mohd Hayati Othman minta Menteri Kesihatan menyatakan jumlah pembawa virus HIV dan pesakit aids yang dikesan dalam masa 5 tahun dan jumlah yang telah mati hasil penyakit aids dalam tempoh yang sama.
Difailkan dalam: ADR Pendang, Soalan dewan
