Dr Mujahid pantau projek dalam kawasannya di Parit Buntar

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE 12

Soalan Jawab Lisan
1. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan jumlah peruntukan yang diberikan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negeri Perak bagi setiap Daerah dan Daerah mana yang tidak diberikan peruntukan.

2. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pelajaran menyatakan peruntukan baucar tuisyen yang diperkenalkan oleh kementerian dan adakah pelajar-pelajar terlibat hadir untuk sesi tuisyen yang disediakan.

3. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan peruntukan untuk pembangunan pertanian Kerian-Sungai Manik.

4. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah usaha kementerian untuk mempertingkatkan pendapatan petani di Kerian-Sungai Manik dan usaha untuk menyekat tanah padi ditukar status kepada tanaman kelapa sawit.

5. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah kesalahan undang-undan perikanan dan laut yang direkodkan di kawasan perariran Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

6. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan apakah dan jumlah kesalahan undang-undang Maritim yang sering dilakukan dan apakah usaha-usaha yang dibuat untuk mencegahnya.

7. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan apakah perkembangan yang telah dicapai oleh syarikat swasta yang dilantik kementerian sebagai perunding untuk membangunkan kawasan pertanian Kerian-Sungai Manik serta namakan syarikat dan lembaga pengarahnya.

8. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesihatan menyatakan status projek pembinaan Hospital di Simpang Lima Parit Buntar dan bilakah dijangka siap.

9. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Penerangan menyatakan apakah usaha yang dilakukan kementerian untuk memastikan kebebasan media dan hak mendapat maklumat kepada awam.

10. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan sejauhmana kesungguhan kerajaan menilai semula Akta Keselamatan Dalam Negeri bagi memulihkan prinsip ‘Hak untuk mendapatkan keadilan’.

Soalan Jawab Bertulis
11. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kewangan menyatakan pemilik saham terbesar dalam syarikat media swasta yang terdiri daripada Media Prima Berhad, Astro dan lain-lain syarikat media swasta.

12. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Penerangan menyatakan apakah sudah ada Akta kebebasan dan Hak Mendapat maklumat digubal sebelum ini, jika ada apakah kriteria kebebasan dan hak mendapat maklumat yang diamalkan oleh kementerian.

13. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah tanah-tanah yang gazetkan untuk membina Rumah-rumah Ibadat termasuk Masjid dan Surau oleh kerajaan dan pihak swsata di seluruh negara.

14. Dr Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Perdana Menteri menyatakan jumlah rumah ibadat termasuk Masjid dan surau yang dirobohkan di seluruh negara mengikut pecahan negeri.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.