MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE 12 PADA 28 APRIL HINGGA 27 MEI 2008
SOALAN JAWAB LISAN
1. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapakah jumlah kes yang berkaitan pilihanraya ke 12 baru-baru ini samada sebelum dan semasa pilihanraya serta apakah hasil siasatan serta tindakan pendakwaan.
2. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena)meminta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah beras yang diedarkan oleh pemborong-pemborong yang menjadi ejen Bernas dan jumlah beras yang diedarkan oleh pemborong-pemborong yang tidak menjadi ejen Bernas.
3. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) meminta Menteri Dalam Negeri menyatakan status penahanan BSA Tahir di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
4. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Kewangan menyatakan benarkah sebuah syarikat milik kerajaan Singapura, Temasek Holdings, banyak membuat pelaburan di Malaysia kebelakangan ini dan jika benar, sejak bila, dalam bidang apa serta nama-nama syarikat yang disertai.
5. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Pertahanan menyatakan adakah Malaysia mempunyai sebarang bentuk perjanjian pertahanan atau perjanjian dua hala dengan Amerika Syarikat untuk mengizinkan armada perang negara tersebut yang lengkap dengan senjata nuklear berlabuh di Pelabuhan Kelang dan jika benar, sejak bila perjanjian itu dibuat, apa alasan-alasannya serta sudah berapa kalikah armada perang Amerika Syarikat berlabuh di Pelabuhan Kelang.
6. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Perdana Menteri menyatakan mengenai status sebenar Pulau Pisang di bahagian selatan Semenanjung; benarkah pulau itu diselenggarakan oleh Singapura dan jika benar, sejak bila dan adakah kerajaan akan mengkaji balik status Singapura di pulau itu supaya tidak menimbulkan apa-apa masalah di masa akan datang seperti yang terjadi Pulau Batu Putih.
7. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah jenis undang-undang dan peraturan yang wujud hari ini mengenai pengeksportan pasir serta bahan lain untuk kegunaan tebus guna tanah seperti batu, debu kuari, lumpur dan lain-lain ke Singapura pada ketika ini serta benarkah kerajaan masih mengizinkan beberapa bahan keperluan tebus guna termasuk batu pejal dan debu kuari untuk dieksport ke Singapura dan jika benar, berapa jumlah setiap bulan, dari mana punca bekalan serta syarikat manakah yang mengendalikan pengeksportan.
8. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan adakah kerajaan masih mengizinkan pasir silika dieksport ke Singapura pada ketika ini, benarkah operasinya dijalankan tan permit dan adakah pihak berkuasa kastam menyedari perkara tersebut dan apakah tindakan yang diambil.
9. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Perdana Menteri menyatakan sejauhmanakah prinsip rukun Negara telah berjaya diterjemahkan dalam pembentukan masyarakat khususnya dalam menangani gejala sosial.
10. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyatakan apakah tindakan kerajaan terhadap pemegang-pemegang permit import (AP) termasuk pemegang AP untuk barangan makanan yang mewujudkan sistem kartel untuk mengekang atau mengekalkan harga, contohnya Toyota Harrier yang tidak didaftarkan keluaran tahun 2003 masih lagi berharga RM180 ribu.
Soalan jawab bertulis:
1. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Kewangan menyatakan berapa orangkah, dengan pecahan bangsa masing-masing, yang dibankrap oleh agensi-agensi pinjaman termasuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan bank-bank serta nyatakan kes-kes yang berprofil tinggi.
2. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena)minta Menteri Kewangan menyatakan berapakah jumlah syarikat yang disenaraikan di Mesdaq dan berapakah jumlah syarikat yang asalnya milik bumiputera.
3. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah penerima biasiswa mengikut pecahan bangsa masing-masing.
4. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia (PTPTN) setiap tahun sejak ia dilancarkan dan nyatakan jumlah penerima mengikut pecahan bangsa masing-masing.
5. Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan jumlah pengimport dan pembekal utama barangan makanan yang telah diambil tindakan atas apa jua kesalahan oleh oleh Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
USUL-USUL
1. YB Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) akan mencadangkan,
“Bahawa Dewan ini mengutuk sikap tidak professional Menteri Pelancongan yang membatalkan MoU berkaitan pelancongan dengan lima buah negeri yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat atas alasan “tidak bersefahaman”. Dewan ini berpandangan bahawa alas an tersebut bukan sahaja tidak munasabah, bahkan dipengaruhi oleh pemikiran politik kepartian yang amat sempit dan dangkal”.
2. YB Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) akan mencadangkan,
“Bahawa Dewan ini mengutuk tindakan Pengerusi Umno Selangor yang mengadakan pertemuan dengan para penghulu di negeri tersebut tanpa melalui kerajaan negeri. Perbuatan ini adalah amat bertentangan dengan demokrasi kerani Umno sudah tidak berhak lagi untuk mengeluarkan apa-apa arahan kepada penghulu walaupun di kalangan ahli Umno atas kapasiti jawatan penghulu tersebut”.
3. YB Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) akan mencadangkan,
“Bahawa Dewan ini melahirkan kekesalan yang amat sangat ke atas seluruh kepemimpin Umno ekoran pergeseran dengan Istana Terengganu dalam soal perlantikan Menteri Besar Terengganu selepas pilihan raya. Perbuatan ahli Umno Terengganu menaikkan sepanduk yang berbunyi “Kami nak Deris, Natang” adalah amat biadap dan melanggar tatasusila orang Melayu yang taat dan setia kepada raja.
Dewan ini menyatakan sokongan padu kepada pihak Sultan Terengganu yang bertindak menggunakan budi bicara berdasarkan Perlembagaan dan menjunjung kasih kepada pihak Istana Terengganu yang berjaya menyelesaikan konflik tersebut”.
4. YB Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) akan mencadangkan,
“Bahawa Dewan ini mendesak Kementerian Pelajaran supaya membuat perisytiharan terbuka tentang penggunakan semula bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk subjek sains dan matematik di sekolah”.
5. YB Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) akan mencadangkan,
“Bahawa Dewan ini mendesak supaya Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian terhadap isu Tibet yang sedang tercetus sekarang ini”.
6. YB Tuan Mahfuz Omar (Pokok Sena) akan mencadangkan,
“Bahawa Dewan ini mendesak Kerajaan Malaysia mengkaji semula AUKU supaya ia selaras dengan hak-hak kebebasan rakyat yang dijamin oleh Perlembagaan
Dewan ini berpandangan sekatan yang dikenakan oleh AUKU keatas kebebasan pelajar adalah bercanggah dengan Hak Asasi Manusia”.
Difailkan dalam: Soalan dewan
