MP Shah Alam tanya Najib mengenai dakwaan Anwar keatasnya

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE 12 PADA 28 APRIL HINGGA 27 MEI 2008

SOALAN JAWAB LISAN

1. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menyatakan perkembangan tindakan undang-undang ke atas Datuk Azim Zabidi dan Datuk Ibrahim Badawi yang dibuat oleh Perbadanan Nasional Berhad dan jika dibatalkan, sila nyatakan sebab-sebabnya.

2. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan berapa banyakkah operasi RELA yang telah dilakukan ke atas pendatang tanpa izin sepanjang 2007 hingga kini dan berapa jumlah pendatang tanpa izin yang ditangkap dan apakah kesalahan mereka?

3. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta Perdana Menteri menyatakan tindakan yang telah diambil ke atas Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa (ProWaris) berikutan tuduhannya bahawa Akta IRDA 664 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan yang bercirikan demokrasi berpelembagaan kerana Akta IRDA 664 dan pembangunan WPI mengenepikan hak bangsa Melayu, menggugat kesucian agama Islam dan mencabar kedaulatan raja dan negara.

4. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah Wang Ehsan yang telah diberikan kepada kerajaan Terengganu sejak tahun 2004 dan apakah projek-projek untuk kepentingan rakyat yang dilaksanakan dengan menggunakan Wang Ehsan tersebut?

5. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam)) minta Perdana Menteri menyatakan adakah perancangan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) melibatkan pengambilalihan 66,736 km persegi tanah rezab Melayu atau 40 peratus kawasan koridor tersebut?

6. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah kemasukan pelancong asing yang tidak dapat dikesan kepulangan mereka ke negara asal mengikut pecahan negara masing-masing, apakah tindakan yang telah diambil dan jika tindakan diambil, sejauh manakah tindakan yang diambil serta berapa ramaikah yang dapat dikesan dan dihantar pulang.

7. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta Menteri Tenaga, Air Dan Komunikasi nyatakan nilai keuntungan syarikat luar pesisir TNB International Coal serta sebab-sebab yang mendorong Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendaftarkan anak syarikat luar pesisirnya di negara asing dan tidak di Labuan?

8. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta Menteri Pelajaran menyatakan tindakan yang telah diambil terhadap aduan-aduan ibu bapa mengenai sistem pelajaran yang terlalu berorientasikan peperiksaan, budaya tuisyen dan penggunaan buku rujukan yang terlalu banyak yang mereka anggap mengganggu pertumbuhan minda dan psikologi pelajari?

9. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan jumlah syarikat yang membekalkan tenaga kerja asing yang menggunakan khidmat outsourcing agent, berapa banyakkah kes pertikaian antara pekerja asing dan majikan serta outsourcing agent dan jumlah syarikat outsourcing agent yang telah dihukum atau digantung lesen mereka?

10. Tuan Khalid Abdul Samad (Shah Alam) minta Menteri Pertahanan menyatakan sejauh manakah tindakan yang diambil ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa Menteri Pertahanan mendapat faedah kewangan sehingga beratus-ratus juta dari urusniaga Scorpene dan Sukhoi, sejauh manakah tindakan yang diambil dan jika tindakan tidak diambil, mengapakah tindakan tidak diambil terhadap tuduhan yang menjejaskan nama baik bakal Perdana Menteri?

2 Respons

  1. Nampak gayanya siaran langsung MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE 12 PADA 28 APRIL HINGGA 27 MEI 2008 akan DIBATALKAN. Alasan-alasan seumpama “ORANG SAKIT” akan diberikan. Agaknyalahhhhhhh

  2. huhu.
    agak ‘menakutkan’ soalan ini bagi mereka yang ’suka tidur’ selama ini.
    Bangkit !!!

    http://penamaya.wordpress.com

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.