Penglibatan belia dalam sektor pertanian menjadi persoalan MP Kota Bharu

MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE 12 PADA 28 APRIL HINGGA 27 MEI 2008

Soalan Jawab Lisan
1. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Kewangan menyatakan kesan-kesan ke atas ekonomi negara ekoran peningkatan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollars US.

2. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah perbelanjaan yang dibuat oleh kerajaan untuk membuat penyelidikan dan mengembangkan tanaman padi jenis hybrid.

3. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan untuk meningkatkan penglibatan belia dalam pertanian dan setakat manakah sambutan yang diterima sehingga hari ini.

4. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan-kerajaan negeri diberikan kebebasan untuk menarik pelabur dan melakukan inisiatif fasiliti kewangan bagi menjayakan program pembangunan koridor-koridor ekonomi yang telah dilancarkan sebelum ini?

5. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Pelajaran menyatakan jumlah pelajar yang tercicir daripada mendapat pendidikan selepas gagal melanjutkan pelajaran ke IPT dan apakah langkah yang diambil untuk membina masa depan mereka?

6. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Pelajaran menyatakan kos purata buku latihan yang terpaksa ditanggung oleh ibu bapa untuk para pelajar mengikut tingkatan selepas kerajaan memberikan buku teks percuma.

7. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Pelajaran menyatakan:

i. Adakah benar syarikat swasta telah diberi kebenaran untuk mengendalikan kelas komputer di sekolah?
ii. Jika benar, yuran kelas komputer di bayar kepada sekolah atau syarikat terbabit?

8. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Kesihatan menyatakan langkah-langkaj kerajaan untuk mengawal kemasukan produk herba luar negeri yang mengandungi bahan-bahan yang berbahaya kepada pengguna.

9. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Sumber Manusia menyatakan apakah insentif yang diberikan kepada syarikat yang mengadakan latihan ‘in-house’ untuk meningkatkan kebolehan pekerja dalam semua sektor?

10. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar menyatakan langkah-langkah dan inisiatif yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan penggunaan NGV di kalangan pengguna kenderaan persendirian sebagai usaha memulihara alam sekitar?

Soalan Jawab Bertulis

11. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Perdana Menteri menyatakan jumlah umat Islam warga asing yang pernah didakwa di Mahkamah Syariah di negara ini mengikut negeri dan jenis kesalahan semenjak 2000 hingga 2007.

12. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Dalam Negeri menyatakan tindakan yang pernah diambil ke atas mana-mana IPTS yang menyalahgunakan visa pelajar untuk pelajar mereka bekerja di negara ini, dan berapakah jumlah pelajar asing yang terlibat semenjak 2005?

13. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Pengangkutan menyatakan adakah kerajaan bercadang untuk meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan Timur-Barat sama ada lebuh raya, rel keretapi atau udara bagi menghubungkan Kota Bharu-Pulau Pinang dalam menjayakan wilayah pembangunan ekonomi utara dan timur.

14. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Pelancongan menyatakan langkah-langkah kerajaan untuk membangunkan industri berasaskan kesihatan, agama, pertanian dan pendidikan sebagai produk pelancongan. Sehingga kini, berapakah jumlah pelancong yang datang ke negara ini mengikut sektor tersebut semenjak 2005.

15. Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah (Kota Bharu) minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan jumlah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang wujud di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Peraki dan Selangor pada masa ini.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.