USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)
Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2), dengan ini diberikan notis bahawa saya akan mengusulkan supaya mesyuarat ini ditangguhkan untuk membincangkan usul yang melibatkan perkara tertentu, berkepentingan ramai dan perlu disegerakan.
YB. Tuan Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) mohon mencadangkan:
“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkaitan harga beras di seluruh negara mencatatkan kenaikan mendadak antara 15 peratus hingga 40 peratus baru-baru ini”
Tan Sri Yang diPertua,
Media melaporkan bahawa harga beras gred super seberat lima kilogram sekarang dijual dengan harga RM13.50 berbanding sebelum ini RM8 dengan kenaikan RM5.50 dan beras gred super seberat 10 kilogram sekarang dijual dengan harga RM27 berbanding RM16 sahaja sebelum ini telah naik sebanyak RM11.
Manakala bagi beras Jati pula, paket lima kilogram dijual dengan harga RM11.50 berbanding RM10.60 sebelum ini manakala beras Jati seberat 10 kilogram dijual dengan harga RM21.50 berbanding RM19.50 sebelum ini. Turut terkesan adalah beras import seperti beras wangi Siam naik antara RM8 dan RM10 sekampit seberat 10 kilogram mengikut gred.
Misalnya beras tempatan Jati Special yang biasanya dijual pada harga RM18.50 sekampit seberat 10 kilogram (kg) kini dijual antara RM23.90 dan RM26. Beras import seperti beras wangi Siam naik antara RM8 dan RM10 sekampit seberat 10 kg mengikut gred. Pemborong beberapa beras di Alor Star pula didapati, harga seguni beras yang mereka beli dari pengilang naik antara 30 dan 50 peratus.
Kita kesal dengan penafian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang telah memberi jaminan bahawa harga beras super tempatan dikawal dan tidak boleh dinaikkan.
Saya berpendapat bahawa Parlimen wajar membincangkan isu ini kerana beras adalah makanan utama dalam negara kita.
Saya mohon mencadang,
SALAHUDDIN HAJI AYUB
Difailkan dalam: ADR Kubang Kerian, Usul

KALAU NAK BUAT BLOG, JANGAN LUPA MASUK LAMAN WEB “Leoxa.com”
(Themenya Cantik Sangat & Boleh Letak Adsense)
shocked: MALAYSIA MAKE NEW RULES FOR CHRISTIANS!!
EVERY CHRISTIANS MUST SAY “ALLAH” RATHER THAN “GOD” & DONT SAY “TRINITY” ANYMORE..
This is because English language not suitable anymore because the original Bible is in Arabic.
The full story is here: ckasih.blogspot.com
Macam mana kementerian perdagangan tidak perasan kenaikan mendadak. Makan gaji buta ke??