Anak Syarikat Bernas tukar gred Beras disiasat – Mahfuz

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mendakwa terdapat anak syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) menjalankan aktiviti menukar gred-gred beras yang dipasarkan di negara ini.

Mahfuz memberitahu, akibat kelemahan kerajaan menguatkuasakan undang-undang, anak-anak syarikat Bernas itu membeli beras Gred SD15 (15 peratus hancur) dan diubah kepada gred-gred lain.

Tambah beliau, beras tersebut dibungkus semula kepada Gred SD10 (10 peratus hancur) ataupun SD5 (lima peratus beras hancur) kerana harganya lebih tinggi.

”Sebahagian daripada pemborong Bernas ini telah menukar gred beras untuk mengaut untung yang lebih, yang mana beras yang dibeli dibuka semula dan mengeluarkan beras hancur.

”Beras itu kemudian digredkan kepada gred baru iaitu Gred SD10 dan SD5 kerana harganya kini mencecah sehingga RM3 sekilo,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul ucapan terima kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Mahfuz memberitahu, beras hancur yang telah dikeluarkan itu pula dijual kepada pengilang bihun kerana harganya kini telah mencecah lebih RM1.80 sekilogram.

Beliau juga mempertikaikan jumlah simpanan beras negara kerana semasa beras di kawal oleh Lembaga Padi Negara (LPN), jumlah simpanan bernilai RM400 juta.

Tetapi sejak ia diambil alih oleh Bernas, katanya, jumlah simpanan beras negara hanya mencukupi untuk tempoh tiga bulan.

”Saya mahu perkara ini disiasat dan memastikan langkah-langkah untuk menguatkuasakan peraturan bagi gred beras tidak diubah.

”Jaminan ini perlu diberikan kepada rakyat terutama kepada mereka yang berpendapatan rendah bahawa terdapat beras yang mencukupi untuk golongan ini memandangkan isu keselamatan makanan ada perkara utama,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.