RM3 Bilion Wang Royalti Terengganu Diseleweng?

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub memandang serius kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said yang mendedahkan bahawa Terengganu tidak menerima wang royalti yang dibayar kepada negeri itu sebanyak RM3 bilion sejak 2004.
Semalam Menteri di JPM, Datuk Amirsham A. Aziz memberi tahu Dewan Rakyat bahawa Petronas telah membayar sebanyak RM7.3 bilion royalti kepada Terengganu [...]

Sejauhmana imej Polis dipertingkatkan selepas laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis, tanya Dr Dzul

Dr Dzulkefli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) meminta sejauhmana langkah kerajaan dalam menambahbaikan serta mengembalikan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas wujudnya Suruhanjaya Penambahbaikan Polis.
Beliau dalam soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Dato’ Zaid Ibrahim berkata, jika kerajaan tidak melaksanakan langkah itu ianya memberi kesan buruk kepada imej polis dan kepercayaan rakyat kepada institusi [...]

Najib nafi terlibat dan kenal Altantuya

Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak tetap menafikan beliau tidak pernah mengenali wanita warga Mongolia, Altantuya apatah lagi berjumpa dengan dengan wanita berkenaan.
Dalam ucapan menggulung Titah Ucapan Yang Di-Pertuan Agong bagi Kementerian Pertahanan semalam, beliau tidak mahu membuat sebarang komen berhubung kes yang mengaitkan wanita terbabit kerana ia masih dalam perbicaraan. [...]

PAS sedia terima Ahli Parlimen Pasir Mas masuk PAS

PAS bersedia menerima Anggota Parlimen bebas kawasan Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali untuk menyertai parti itu sekiranya beliau mahu bersama-sama memperjuangkan Islam, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
“Kalau dia boleh menerima (menyertai PAS), Alhamdulillah, kalau tidak apa boleh buat,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Ibrahim, [...]

Ustaz Hadi cadang usul bantahan keatas pendudukan haram Israel keatas Palestin

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Marang) mohon mencadangkan:
“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkaitan bantahan sambutan ulang tahun ke 60 pendudukan haram Israel di bumi Palestine pada 15 Mei 2008″
Tan Sri Yang diPertua,
Kami ingin menarik perhatian Tan Sri bahawa 15 hb Mei 2008 ini adalah genap 60 [...]

Bekas SU Perhubungan Umno Kelantan akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara

Bekas Setiausaha Badan Perhubungan Umno Kelantan, Dato’ Ahmad Rusli Ibrahim dicalonkan sebagai anggota Dewan Negara bagi mewakili Kelantan.
Pengumuman perkara itu dibuat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di pekan Kok Lanas malam tadi, sempena program ceramah isu semasa.
Menteri Besar berkata, Rusli telah melakukan pengorbanan besar kepada perjuangan gerakan Islam di Kelantan [...]