Sejauhmana imej Polis dipertingkatkan selepas laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis, tanya Dr Dzul

Dr Dzulkefli Ahmad (PAS-Kuala Selangor) meminta sejauhmana langkah kerajaan dalam menambahbaikan serta mengembalikan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas wujudnya Suruhanjaya Penambahbaikan Polis.

Beliau dalam soalan tambahan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Dato’ Zaid Ibrahim berkata, jika kerajaan tidak melaksanakan langkah itu ianya memberi kesan buruk kepada imej polis dan kepercayaan rakyat kepada institusi penting itu akan terhakis.

“Terutama melibatkan kes berprofile tinggi termasuklah Timbalan Menteri Dalam Negeri yang sehingga hari ini kita mahukan penjelasan yang jelas daripada pihak pendakwaan,” katanya.

Jelasnya, dalam suasana kes jenayah yang semakin parah misalnya di Sarawak terdapatnya samseng yang berkuasa menentukan harga barang harian di pasaran.

Tambahnya, ketika itu dakwaan ini pernah dibawa oleh wakil BN ditolak mentah-mentah dua minggu kemudian pasukan polis bergegas dan bertindak sehinggakan seribu orang disoal siasat dan seratus ditahan 80 di dakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, pertanyaan beliau tidak dijawab oleh menteri berkenaan kerana tidak ada kaitan dengan soalan asal.

Soalan asal daripada Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) meminta perdana menteri menyatakan berapa kes jenayah yang mana kes ditutp sejak lima tahun lalu kerana pesalah-pesalah dilepaskan tanpa dibebaskan dan nyatakan sebab-sebabnya.

Satu Respons

  1. tanya hakim dan mjistret kenapa kes dan okt dibebaskan

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.