Ustaz Hadi cadang usul bantahan keatas pendudukan haram Israel keatas Palestin

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Marang) mohon mencadangkan:

“Bahawa mesyuarat ini hendaklah ditangguhkan bagi membolehkan dewan yang mulia ini merundingkan dan membincangkan berkaitan bantahan sambutan ulang tahun ke 60 pendudukan haram Israel di bumi Palestine pada 15 Mei 2008″

Tan Sri Yang diPertua,
Kami ingin menarik perhatian Tan Sri bahawa 15 hb Mei 2008 ini adalah genap 60 tahun Hari Naqba yang merupakan sejarah pencerobohan Israel ke atas tanah air Palestin.

Ini bermakna semenjak 60 tahun yang lalu telah bermula sejarah kezaliman yang berpanjangan dimana pembersihan etnik pada tahun 1948 itu oleh tentera Zionis yang mengakibatkan 750,000 rakyat Palestin dihalau keluar ( tiga per empat populasi Palestin ) dari kampung halaman dan rumah mereka.

Kini mereka menjadi pelarian di Negara-negara jiran yang sudah mencecah bilangan seramai 4.5 juta orang. Keadaan kehidupan mereka adalah diluar perikemanusiaan; kemiskinan tegar, penafian keperluan asas tanpa makanan mencukupi, tempat bertuduh, pekerjaan, pendidikan dan rawatan kesihatan . Nasib mereka telah tidak diendahkan oleh kononnya komuniti antarabangsa yang didonminasi oleh AS.

Israel kini menguatkuasakan sekatan ekonomi dan pada musim panans 2006, telah melancarkan serangan bom di Gaza yang memusnahkan jambatan, kemudahan awam, bekalan air bersih dan tenaga elektrik. Ratusan rakyat awam telah terbunuh.

Kami dengan ini mencadangkan dan merayu agar Tan Sri dapat menerima usul khas di Parlimen mengenai bantahan Malaysia terhadap apa yang sedang berlaku di Palestin. Kami berpendapat usul khas itu akan memberi mesej yang penting kepada Israel dan AS serta seluruh kuasa Barat dan dunia amnya bahawa ahli parlimen Malaysia sangat tegas menentang kezaliman Israel ke atas rakyat Palestin. Kami percaya usul ini dapat memberi mesej yang kuat kepada ahli Parlimen BN dan rakyat Malaysia bahawa pendirian PR dalam hal ini adalah jelas.

Untuk pengetahuan Tan Sri, pada 12 Mac 2008 yang lalu Parlimen Australia telah meluluskan usul merayakan kelahiran Israel yang disokong pula oleh ahli pembangkang. Ahli Parlimen Malaysia seharusnya mengutuk usul itu dan mengusulkan supaya Malaysia menyatkan bantahan kepada kerajaan Australia.

Saya mohon mencadang,
—————
Usul tersebut dibawa ato Seri Abdul Hadi Awang (PAS – Marang) oleh Ddibawah Peraturan Mesyuarat 18 (1), bagaimanapun ditolak oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana tidak perlu disegerakan.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.