MP Bebas dan Pakatan Rakyat bangkit isu jalan kampong tidak ikut spesifikasi

Dato’ Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas), ketika bangun memohon penjelasan, berkata terdapat jalan-jalan kampung yang tidak mempunyai kualiti terbaik ekoran wujudnya dakwaan yang mengatakan kontraktor tidak mengikut spesifikasi sebenarnya, yang menyebabkan kualiti jalan tersebut tidak terjamin dengan baik.
Manakala Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) berkata kebanyakan projek-projek jalan raya akan melimpah ruah ketika musim pilihan [...]

Kementerian Pengajian Tinggi setuju dengan saranan MP Marang

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) menyarankan supaya kementerian Pengajian Tinggi menambah bilangan masyarakat berilmu di negara ini dan menambah bilangan kursus-kursus yang sedia ada di pasaran.
Timbalan Menterinya, Dato’ Idris Haron berkata beliau amat bersetuju dengan pandangan Ustaz Hadi dalam soalan tambahannya di sesi soal jawab di parlimen hari ini yang mahukan seramai rakyat [...]

Penyediaan arak dalam pesawat: Kerajaan Islam Hadhari tidak sensitif, kata Siti Zailah

Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) menempelak sikap kerajaan persekutuan yang melaung-laungkan pendekatan Islam Hadhari ini khususnya Kementerian Pelancongan apabila tidak tegas dalam isu penyediaan arak di dalam penerbangan pesawat-pesawat Malaysia.
“Betapa temberangnya kerajaan pusat yang sibuk menyatakan bahawa merekalah yang membela Islam melalui Islam Hadhari tetapi mengambil contoh yang tidak baik dengan menghidangkan arak [...]

Bila taraf perkhidmatan Keretapi di Malaysia akan ditingkatkan – Dato’ Kamarudin

Persidangan Dewan Rakyat hari ini dimulakan dengan soalan Dato’ Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) kepada Menteri Pengangkutan berhubung rancangan terkini Kementerian untuk menaikkan taraf perkhidmatan kereta api ke negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia.
Dalam ucapan beliau terhadap soalan tambahannya, Kamarudin berkata, kereta api adalah pengangkutan yang amat penting dari dulu hingga sekarang dan ahli-ahli parlimen diberikan pas [...]

Dato Wan Rahim kesal dengan dakwaan tidak berasas Menteri Pelancongan

Menteri Perlancongan, Dato’ Seri Azalina Othman Said dinasihat supaya meneliti tuduhan yang hendak dibuat sebelum mengeluarkannya kepada umum.
Saranan dibuat Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu-PAS) yang kesal dengan dakwaan tidak berasas menteri berkenaan kononnya Kerajaan PAS Kelantan gagal membayar gaji kakitangan Majlis Tindakan Perlancongan negeri selama tiga bulan.
“Saya yang pernah berkhidmat [...]

BN banyak lakukan kesilapan – Khalid Samad

Ir Khalid Samad (PAS-Shah Alam) menyifatkan ucapan Menteri Kerjaraya, Dato’ Ir Mohd Zin Mohd sebagai menunjukkan kesilapan yang selama ini dilakukan kerajaan BN dalam mengendalikan urusan pembinaan jalan raya.
“Ucapan menteri menggambarkan kelemahan BN sebelum ini adalah natijah daripada tindakan yang salah seperti kontraktor yang menipu, JKR tidak boleh diharap, dan sebagainya.
“Ini hal yang [...]