Umno tidak boleh jadi tunjang perpaduan – Mahfuz

Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) menyifatkan bahawa Umno tidak boleh menjadi tunjang kepada perpaduan di negara ini memandangkan masalah perpaduan dalam Umno sendiri tidak selesai.
Mahfuz ketika berucap dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat petang tadi berkata, sejak dahulu lagi ada sahaja pemimpin tertinggi Umno iaitu presidennya keluar Umno selepas melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan. [...]

WPI lebih membimbangkan daripada Pulau Batu Puteh – Ibrahim Ali

Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) lebih membimbangkan dari Pulau Batu Puteh, kata Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas).
Ketika berucap di Dewan Rakyat hari ini, beliau bimbang, WPI juga akhirnya akan menjadi seperti Pulau Batu Puteh jika satu hari nanti di bawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) apabila kawasan itu jatuh ke tangan asing.
Di WPI, katanya, [...]

Isu di bawah ketiak PM buat Dewan Rakyat kecoh

Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang) menjadi sasaran penyokong kerajaan pada Sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila beberapa penyokong kerajaan membantah gambaran yang diberikan Dr Mohamed Hayati membangkitkan isu ‘di bawah ketiak PM’ mengenai syarikat yang dilantik bagi landasan keretapi berkembar elektrik Seremban-Gemas sebagai syarikat di bawah ‘ketiak’ Perdana Menteri.
Ulasan [...]