Isu di bawah ketiak PM buat Dewan Rakyat kecoh

Dr Mohamed Hayati Othman (PAS-Pendang) menjadi sasaran penyokong kerajaan pada Sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila beberapa penyokong kerajaan membantah gambaran yang diberikan Dr Mohamed Hayati membangkitkan isu ‘di bawah ketiak PM’ mengenai syarikat yang dilantik bagi landasan keretapi berkembar elektrik Seremban-Gemas sebagai syarikat di bawah ‘ketiak’ Perdana Menteri.

Ulasan spontan Dr Mohamed Hayati itu tercetus apabila dalam jawapan kepada soalan beliau, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Lajim Ukin berkata projek itu diberikan kepada syarikat yang berpotensi dan bukannya berdasarkan kepada pengaruh syarikat itu.

Lajim berkata syarikat Indian Railway Construction Corporation (IRCON) yang dipilih melaksanakan projek itu adalah berdasarkan kepada kejayaan syarikat tempatan mendapatkan kontrak membina jalan raya di India.

“Siapa yang boleh berusaha sama ada dia anak Perdana Menteri ke, anak pembangkang, kalau dia ada usaha mendapatkan kontrak di luar negara apa salahnya.

“Itu tidak salah,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Dr Mohamed Hayati mengemukakan soalan mengenai peningkatan kos projek daripada RM8 bilion kepada 16 bilion disebabkan projek timbal balas yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang berkait rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya meminta anggota Parlimen tidak lagi menggunakan perkataan yang kurang sesuai semasa persidangan berlangsung.

Terdahulu, menjawab pertanyaan daripada Dr Mohamed Hayati juga, Lajim berkata kos keseluruhan projek berkenaan ialah RM16.935 bilion iaitu RM12.485 bilion bagi laluan Ipoh-Padang Besar dan RM3.45 bilion untuk laluan Seremban-Gemas sementara jumlah penempatan semula setinggan kedua-dua projek sehingga Oktober 2007 ialah 1,607 keluarga.

Satu Respons

  1. hu. billion2 nih banyak sangat. bagi aku sejuta pun dah rasa cukup nak bahagikan kepada rakyat2 yang masuk bersamamu. takkan pak lah nak “kekoh” ngan kroni je. cis.

Tinggalkan komen