Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang) meminta diwujudkan badan kajian dan penyelidikan (R&D) untuk industri padi dan beras negara seperti International Rice Research Institute (IRRI) di Manila.
Beliau juga mambangkitkan bantuan kepada petani yang tidak dapat digunakan oleh mereka.
“Vitamin padi (yang diberikan kepada para petani) lebih teruk dari baja padi,” kata beliau sambil mendedahkan vitamin padi tersebut akhirnya “duduk di bawah rumah sahaja”.
Begitu juga projek pengumpulan jerami padi yang dirancang untuk dijadikan baja organik yang akhirnya “hanya jadi sampah sarap”.
Sementara itu, Datuk Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mengecam peruntukan hanya sebanyak RM100 ribu sahaja untuk sambutan hari peladang, penternak dan nelayan Terengganu sedangkan jumlah yang lebih besar boleh dibelanjakan untuk Monsoon Cup.
“Kalau untuk Monsoon Cup berpuluh-puluh juta (dibelanjakan), berpegang-pegang tangan, bergesel-gesel,” kata Setiausaha Agung PAS itu sambil meminta sidang Dewan Rakyat hari ini menolak sahaja peruntukan sebegitu kecil untuk Terengganu itu.
Haji Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) pula mempersoalkan pemberian baja kepada petani yang akhirnya tidak boleh digunakan.
Akibatnya, kata Ketua Penerangan PAS itu, “bawah rumah (petani) penuh dengan baja yang tidak boleh digunakan”. Begitu juga dengan racun, kata beliau.
Beliau juga menyatakan kebimbangan tentang kemungkinan syarikat yang berkepentingan yang tidak dapat menjual baja yang dikeluarkannya menukar jenama untuk masuk dalam skim insentif baja kepada petani.
Perkara sedemikian, katanya, akan memberi kesan yang tidak baik kepada pertumbuhan yang dijangkakan.
Beliau juga membangkitkan masalah petani yang tidak cukup bimbingan manakala pegawai-pegawai berkaitan pula tidak mempunyai latihan yang secukupnya untuk membimbing petani.
Difailkan dalam: ADR Pendang, Ucapan

Mamak sokong pendapat YB Pendang, mewujudkan Insitute Padi dan Beras Negara dengan segera.Beras adalah makanan ruji negara dan kita masih mempunyai kawasan yang luas untuk memajukan indudstri ini.Lagi pun semasa getah menjadi sumber ekspot negara yang utama kita ada RRI (Rubber Research Institute) dan untuk Kelapa sawit selepas getah kita ada PORIM.Kenapa kita tak ada Institute of Rice Malaysia?.Rata-rata bidang ini dipelopuri oleh Orang Melayu!Takut orang melayu akan jadi kaya ke?.Atau pun takut Kelantan dan kedah jadi Makmur!!!.Mungkin ada kepentingan dalam BERNAS!.Tapi pemerintah hanya sibuk buat gerak tani sebelum PR semata-mata untuk memancing undi orang kampung dan selepas itu entah kemana arah tujuan gerak tani!.Kerajaan PAS yang memerintah di Negri Kelantan dan Kedah perlu juga ada satu visi yang baru untuk mengerakan bidang ekonomi di negeri masing-masing tanpa menyembah pertolongan dari kerajaan federal!.Jangan hanya memohon dan mencadangkan sahaja…Kadangkala walaupun cadangan yang bagus dari parti pembangkang,kerajaan memerintah yang ada ini tak akan melaksanakannya! ini dah jadi pengetahuan umum!.Banyak program Kesedaran memajukan ekonomi rakyat terutamanya petani dan penduduk kampung perlu dilaksanakan.Ceramah-ceramah,forum-forum yang hanya sekitar keagamaan dan politik yang semakin pudar perlu ditukar kepada bidang ekonomi !!!.Nabi berkata “Bila mana seorang itu Papa,Iman juga akan mengikut kepapaan orang itu”!.Orang Islam terutamanya orang Melayu perlu maju dalam bidang ekonomi bersama Islamnya!.perlu diberi perhatian khusus untuk menaikan taraf ekonomi penduduk kampung dalam kedua-dua Negri itu dengan segera…setiap kampung perlu ada gerakan memajukan ekonomi dipelopori oleh penduduk tempatan yang jitu tanpa menyembah mohon bantuan kerajaan pusat dan Negri!!!. mentaliti Melayu yang selama ini yang hanya bergantung kepada kerajaan untuk bantuan dan subsidi perlu diubah !!!!!