Najib nafi akuan bersumpah Raja Petra

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini menafikan dakwaan dalam akuan bersumpah Raja Petra Kamarudin berhubung pembabitannya dan isteri, Rosmah Mansor dalam pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Najib ketika mengadakan sidang medianya hari ini menafikan bahawa isterinya itu terbabit dalam pembunuhan Altantuya
Begitupun ujar Najib, Rosmah telah dipanggil memberi kenyataan kepada [...]

Kerajaan tidak bercadang mewajibkan pendaftaran pemilih

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz menyatakan kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan pendaftaran pemilih wajib bagi semua rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dato’ Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Pengkalan Chepa) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. .
Ujar Nazri, ini kerana kerajaan [...]

Petronas dicadang bantu pesakit kronik miskin

Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) mencadangkan agar Petronas mewujudkan tabung khas bagi membantu pesakit kronik yang miskin.
Semasa bangun mengutarakan soalan tambahan di Dewan Rakyat hari ini, Ustaz Nasharudin bertanyakan sama ada Petronas akan menubuhkan tabung bagi membolehkan rakyat miskin mendapat rawatan penyakit kronik di Pusat Perubatan Prince Court milik Petronas.
Katanya dengan cara ini rakyat [...]

Tetapkan gaji minima bagi elak kebanjiran pekerja asing

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS Marang) hari ini mencadangkan agar kerajaan menerima cadangan MTUC untuk menetapkan gaji minima bagi mengekang kebanjiran tenaga kerja asing di Malaysia.
Semasa bagun bagi mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Sumber Manusia, Dr S Subramaniam (BN Segamat), Presiden PAS berkata, pelaksanaan gaji minimum boleh menarik minta warga tempatan [...]

Kecelaruan dalam Pengajian Tinggi Negara – Salahuddin

Tuan Yang Dipertua,
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) mempunyai peranan yang amat penting dalam pembangunan negara, dan penerusan kemandirian negara di dalam era global yang serba mencabar kini. Walaupun bilangan IPT di negara ini masih belum mencapai angka (nisbah universiti kepada rakyat) yang setanding dengan negara maju, inisiatif yang diambil oleh pihak kerajaan dalam menambah bilangan IPT [...]

Sejauhmana Wisma Putra membantu kes rakyat Malaysia ditahan di negara asing

Dato’ Kamarudin Jaffar (PAS Tumpat) dalam Sidang Dewan Rakyat hari ini mengemukakan pertanyaan berhubung bilangan rakyat Malaysia yang ditahan di negara asing yang terlibat dengan kes jenayah atau pun kes tahanan politik.
Ketika mengemukakan soalan tambahannya, Kamarudin berkata jumlah kes tangkapan warga Malaysia di negara luar (724 orang) seperti yang dinyatakan Menteri Luar Negara, Dato’ [...]

Khalid selar Menteri Penerangan

Dewan Rakyat gamat lima minit berikutan berdebatan antara Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dengan Dato’ Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) selain Gobalakrisnan (KeADILan-Padang Serai) selepas Khalid mempertikai kenyataan Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shaberry Cheek.
Khalid yang bangun bagi menyuarakan Peraturan Mesyuarat 36 (10a) mendakwa bahawa kenyataan Shaberry yang disiarkan dalam akhbar satu penipuan.
Kenyataan dan tuduhan [...]