Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429

Pakatan Rakyat jamin kedudukan Melayu

“Semua pemimpin Pakatan Rakyat telah berikrar dalam banyak pertemuan bersama rakyat bahawa Orang Melayu tidak perlu menaruh apa-apa syak serta bimbang dengan hak keistimewaaan orang Melayu apabila pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat,” kata Ahli Parlimen Tumpat.

Dato' Kamarudin Jaffar bersama Dato Seri Anwar pada satu sidang media pakata Rakyat

Dato' Kamarudin Jaffar bersama Dato Seri Anwar pada satu sidang media Pakatan Rakyat


Menurut setiausaha Agung PAS itu, selama ini orang Melayu di bawah pimpinan Umno ketinggalan dalam semua bidang.

“Orang Melayu di bawah BN macam tak ada masa depan, kita ketinggalan dalam ekonomi, jenayah dikalangan orang Melayu pun meningkat, pelajar Melayu jadi kurang daya saing dan paling teruk orang Melayu paling tinggi tahap kemiskinan tegar,” katanya.

Satu mekanisma baru akan dilaksanakan bagi mengatasi segala permasalahan orang Melayu secara menyeluruh akan dilaksanakan sebaik kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa. Agenda memartabatkan orang Melayu/ Islam ini akan dilakasanakan secara bersepadu dari segi material dan spiritual.

“Ini sejajar dengan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan. Malah apa yang telah sedia ada akan kita perkukuhkan serta memartabatkan sesuai dengan kesucian Islam dan kehebatan budaya orang Melayu itu sendiri,” ujarnya.

Pemimpin BN memperjuangkan kepentingan Melayu yang bersifat material semata-mata tidak menolong orang Melayu sebab itu kita dapati jurang ekonomi orang Melayu berbanding bangsa lain masih rendah.

Anwar ancam masa depan politik BN – MP PAS Kuala Krai

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, tiadak ada sebab untuk membabitkan Dato Seri Anwar sebagai pengancam keselamatan negara kerana Anwar dan Pakatan Rakyat menggunakan saluran politik yang dihalalkan oleh Perlembagaan untuk mengambil alih kuasa dari BN.

“Abdullah Badawi cuba test market dengan penahanan YB Teresa, Raja Petra dan wartawan Sin Chew bagi melihat reaksi rakyat berhubung tindakan menahan mereka di bawah ISA. Lepas tu dia cuba dia cuba nak heret Anwar sama tapi seluruh rakyat termasuk pemimpin Umno dan jemaah Menterinya sendiri memberi protes terbuka,” kata Dr Hatta yang juga Bendahari PAS Pusat.

Katanya lagi, Abdullah sebenarnya hilang punca untuk mentadbir negara. Kedaan ekonomi yang teruk, harga barang meningkat dan Anwar pula memberi tekanan kuasa sengit sehingga Abdullah hilang tumpuan dalam segala hal. Lalu dia mengajak rakyat membenci Anwar supaya rakyat lupa masalah sebenar yang dihadapinya sendiri.

“Abdullah memang menyedari bahawa rakyat pelbagai kaum sedang bangun memberi sokongan kepada Anwar dan Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan Abdullah tidak ada pilihan lain selain cuba menjatuhkan imej Anwar,” tambahnya.

Pakatan Rakyat atur langkah seterusnya bentuk kerajaan

Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Hari Selasa bersamaan 23 September 2008 saya telah menemui kepimpinan Pakatan Rakyat.

Pertemuan bersama pimpinan PAS yang terdiri daripada Mursyidul Am, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang diadakan di Kota Bharu.

Mereka menegaskan komitmen mereka mengenai semangat dan matlamat Pakatan Rakyat. Manakala Ketua Menteri Pulau Pinang, saudara Lim Guan Eng ketika pertemuannya dengan saya, menyatakan rasa puas hati beliau di dalam setiap perkembangan untuk memperkukuh dan memperkemaskan konsensus di kalangan parti Pakatan Rakyat serta penyokong daripada Barisan Nasional.

Kami juga membincangkan langkah seterusnya yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat bagi membentuk sebuah kerajaan yang ternyata mencerminkan sokongan majoriti Ahli-ahli Parlimen.

Keengganan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk membenarkan permohonan kami agar diadakan satu Sidang Khas Parlimen membuktikan usaha Kerajaan BN pimpinan Umno untuk mensabotaj proses demokrasi.

Sungguhpun begitu saya dan teman-teman di dalam Pakatan Rakyat tetap yakin dan percaya bahawa hasrat rakyat untuk melihat perubahan akan menjadi kenyataan.

Kami akan meneruskan usaha dengan penuh hemah dan berhati-hati demi mencapai matlamat dan telah mencapai kata sepakat untuk tidak melayan sebarang provokasi mahupun pendekatan yang tidak bertanggungjawab serta membawa kepada ketidakstabilan dan ketidaktentuan buat negara.

Saya tidak tahu mengenai adanya perundingan yang dilakukan antara Pakatan Rakyat dan Perdana Menteri – di mana kenyataan yang telah dibuat semalam menyarankan ruang komunikasi yang dibuka telah disalahtafsir.

Kini wujud satu krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara di saat rakyat Malaysia mengkehendaki penyelesaian kenaikan harga barangan yang tertinggi di dalam tempoh dua dekad, peningkatan kadar pengangguran dan keyakinan pelabur yang semakin terhakis.

Tatkala Menteri Kewangan yang baru berdegar-degar menyatakan kedudukan ekonomi negara masih stabil, fakta yang ada merungkai cerita yang berbeza.

Untuk tahun 2008 sahaja lebih daripada RM125 billion telah ditarik keluar oleh para pelabur yang semakin jelak dengan sebuah kerajaan yang gagal untuk melaksanakan hatta satu perubahan demi menjamin kebebasan sistem kehakiman dan meneruskan penggunaan undang-undang kuku besi seperti ISA untuk menahan rakyatnya tanpa menuruti proses perundangan.

Perubahan-perubahan ini adalah sendi kepada visi Pakatan Rakyat untuk memulihkan ekonomi, untuk mencipta pekerjaan buat rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan serta menarik pelaburan asing, juga untuk memastikan jaminan perlembagaan dijunjung termasuklah yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan, kebebasan beragama bagi penganut agama lain, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tanpa menyekat kebebasan bahasa ibunda lainnya, dan juga status Raja-raja Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputra.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Ketua Umum KeADILan.

PETALING JAYA, MALAYSIA, 23 SEPTEMBER 2008.

MP PAS Hulu Langat sampaikan sumbangan orangramai

Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat menyampaikan sumbangan kepada hampir 250 keluarga termasuk ibu tunggal, OKU, golongan kurang bernasib baik, Anak Yatim, pelajar miskin dan golongan mualaf yang melibatkan peruntukan RM48 ribu.

Sumbangan yang diberikan merupakan hasil daripada sumbangan orang ramai, badan korporat serta orang perseorangan serta daripada kariah Surau Saujana Impian.

Dr Che rosli berkata sumbangan ini akan diteruskan dan tidak perlu menunggu kedatangan Ramadan untuk berbuat amal kebajikan.

Ini kerana, katanya, ia adalah usaha murni yang perlu dijadikan contoh kepada semua masyarakat dengan tidak menyisihkan golongan kurang bernasib baik.

PM nafi jumpa pembangkang

PM dan TPM gelak, nak jatuh kot?

PM dan TPM gelak, nak jatuh kot?

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan sehingga kini tiada sebarang pertemuan berlangsung antara Pakatan Rakyat dengan pihaknya bagi membincangkan masa depan politik dan pembentukan kerajaan baru oleh pembangkang.

“Tidak ada sebarang mesyuarat dengan orang-orang Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi 2008 yang kedua di sini.

Beliau mengulas laporan agensi berita AFP hari ini bahawa pertemuan sudah mula diadakan di antara wakil Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat berhubung perkara berkenaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat: MP PAS tidak akan diketepi

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menemui pemimpin Tertinggi PAS dalam usaha untuk meyakinkan mereka bahawa Ahli Parlimen PAS tidak akan diketepikan jika Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua berkata Anwar, yang juga Penasihat PKR, kini menumpukan usaha meyakinkan pemimpin PAS terutama Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, untuk meredakan kekhuatiran bahawa Anggota Parlimen beragama Islam akan diketepikan jika PR mengambilalih kerajaan.

“Kita perlu berbuat demikian sebelum meneruskan bentuk tindakan seterusnya, katanya kepada Bernama tanpa mendedahkan bentuk tindakan itu,” katanya yang juga Ahli Parlimen Batu.

Minggu lepas, Anwar mahukan jawapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selewatlewatnya hari ini supaya mengadakan sesi parlimen tergempar dalam usaha untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri hari ini, dengan mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan daripada 31 anggota Parlimen Barisan Nasional (BN).

Segera turunkan harga petrol – Salahuddin

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub menggesa kerajaan menurunkan segera harga petrol memandangkan harga petrol dunia sedang mengalami penurunan.

Salahuddin edar juadah berbuka puasa kepada orangramai di Hentian Puduraya

Salahuddin edar juadah berbuka puasa kepada orangramai di Hentian Puduraya


“Saya harap kerajaan BN menyelesaikan masalah majoriti rakyat yang terpaksa berbelanja lebih untuk petrol, tambang pengangkutan awam dan menanggung bebanan kenaikan harga barang,” katanya ketika meninjau masyarakat kota pulang ke kampong untuk berhari raya di sekitar Hentian Puduraya sambil mengagihkan 600 bungkusan makanan untuk berbuka puasa.

Beliau sama sekali tidak menyalahkan pengusaha bas jika terpaksa menaikkan tambang untuk membiayai kos.

“Kalau kerajaan turunkan harga minyak sekarang, surcaj yang dikenakan tidak perlu dikenakan lagi malahan pengusaha bas boleh turunkan harga tambang bas.

“Berdasarkan tinjauan, saya mendapati rata-rata rakyat terpaksa menanggung kos lebih tinggi, mojariti rakyat yang menggunakan pengangkutan awam adalah rakyat biasa dan susah. Ini membebankan rakyat,” tambahnya.

Online Petition – Reject the draconian DNA Bill

Dear PAS MPs, Aduns & Branches,

DAP Klang MP Charles Santiago has launched an online petition to reject the draconian DNA Identification Bill 2008. The petition address.

Please support this petition by :

1. Sign the petition
2. Encourage your branch members and friends to sign this petition
3. Create a logo on your blog, add the html code as below :

DNA Petition

See the sample on charles’s blog

Your cooperation is very appreciated. Thank you.

Regards,
Yap Hwa
MP Klang Asst.
016-2026300

Tiada sidang khas sebelum 23 September ini

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan tidak akan melayan permintaan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya diadakan sidang khas Parlimen bagi membolehkan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap beliau.

Sidang media Pakatan Rakyat, 18 September 2008

Sidang media Pakatan Rakyat, 18 September 2008

Perdana Menteri berkata, perkara itu tidak perlu kerana Parlimen akan bersidang semula seperti biasa selepas Ramadan ini.

Semalam (18 September) Pakatan Rakyat hari ini mendesak Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat untuk membahaskan usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran beliau.

Sidang tergempar itu perlu diadakan selewat-lewatnya pada Selasa depan (23 September 2008).

Desakan tersebut dibuat bersesuaian dengan Peraturan 11(3) Parlimen yang membolehkan sidang tergempar itu diadakan berdasarkan keadaan politik semasa.

Surat tersebut ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Penasihat KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Perihal mengutuskan surat kepada Perdana Menteri itu disampaikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang diadakan dua hari selepas tarikh yang diuar-uarkan oleh beliau untuk mengambil alih kerajaan pusat.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah Setiausaha Agung PAS, Dato’ Kamarudin Jaffar, Bendahari PAS Dr Hatta Ramli, Naib Presiden KeADILan Azmin Ali, Ketua Penerangan KeADILan Tian Chua dan beberapa pemimpin lain.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers