MP PAS Pasir Puteh: Langkah keselamatan keatas ‘awak-awak asing’ di Perkampungan Tok Bali

Tuan Muhammad bin Haji Husain [Pasir Puteh] minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menyatakan jumlah kerugian akibat kebakaran bot-bot laut dalam yang berlaku di pelabuhan Tok Bali pada akhir Jun lepas. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Mustapa Mohamed]: Tuan Yang di-Pertua, soalan ini soalan yang spesifik iaitu satu kebakaran yang berlaku di [...]

MP PAS Pokok Sena: Kewujudan tiga empat Hypermarket bermasalah kepada Peniaga Kecil

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Ini soal persaingan antara hypermarket dengan mini market dan juga kalau di kampung-kampung, kedai runcit biasalah dia tak sebut mini market pun, kedai barang biasa saja. Saya melihat bahawa keupayaan untuk bersaing dengan hypermarket itu terlalu tinggi [...]

MP PAS Bukit Gantang: Ingin tahu asas kenaikan pangkat Guru?

Tuan Roslan bin Shaharum [Bukit Gantang] minta Menteri Pelajaran menyatakan, sejauh manakah asas keadilan yang dipatuhi oleh pihak kementerian dalam merangka proses sistem kenaikan pangkat melalui Time Based kepada guru siswazah dan bukan siswazah yang telah lama berkhidmat dengan guru-guru yang telah memenuhi syarat minimum. Timbalan Menteri Pelajaran II [Dato' Razali bin Ismail]:Kementerian Pelajaran Malaysia [...]

MP PAS Pendang cadang syarikat Konsesi Lebuhraya ambil OKU bekerja

Dr. Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Timbalan Menteri hari-hari kita melalui PLUS dan kita dapati pemberi tiket PLUS itu kebiasaannya orang yang cantik, lawa cukup sifat. Tadi disebut 32,850 orang merupakan mereka-mereka yang kurang pendengaran ataupun cacat pendengaran. Jadi apakah hasrat kementerian untuk memaksa PLUS ataupun syarikat-syarikat yang memberi tiket-tiket [...]

MP PAS Rantau Panjang: Ingin tahu Pusat Pemulihan Dadah berteraskan Islam?

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan saya, permasalahan dadah ini masalah yang amat membimbangkan negara kita. Saya ingin tahu daripada pusat-pusat pemulihan dadah yang telah dilaksanakan sekarang ini, berapakah yang berteraskan cara Islam dan sejauh mana kesannya terhadap penagih-penagih dadah untuk pulih dalam keadaan yang [...]

MP PAS Kota Raja: Ingin tahu peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh Koridor

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya cuma ingin tahu peluang-pelaung pekerjaan yang akan diwujudkan oleh koridor-koridor ini. Berapa peratus untuk pekerja tempatan dan berapa peratus untuk pendatang pekerja daripada luar? Tan Sri Amirsham A. Aziz: Memang kita hendak beri pelaung kepada pekerja tempatan [...]

MP PAS Rantau Panjang: Minta kerajaan sediakan mekanisme kawalan kredit

Puan Hajah Siti Zailah binti Mohd. Yusoff [Rantau Panjang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Menteri. Dalam usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan dari segi sudut jangka panjang, apakah kerajaan menyediakan satu mekanisme kawalan kredit terhadap rakyat? Kita lihat sekarang ini, akibat daripada kadar inflasi yang meningkat dan kenaikan harga barang, kadar [...]

MP PAS Pokok Sena: Kerajaan tidak bayar apa-apa subsidi kepada pengguna sebaliknya pengguna membayar subsidi kepada kerajaan.

Tuan Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Kesan dengan kenaikan harga minyak dan juga kenaikan harga barang ini. Memang yang disebut oleh Yang Berhormat tadi bahawa kerajaan telah pun menurunkan harga minyak tetapi penurunan itu pada kadar yang terlalu kecil. Kalau hendak dibandingkan dengan kenaikan [...]

MP PKR Machang: Krisis kewangan Global beri kesan keatas Malaysia?

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan Yang Berhormat Menteri masih berkisar kepada pelaksanaan program koridor. Saya minggu lepas kita mengikuti pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan keputusan kerajaan untuk mengkaji balik pelaksanaan beberapa skop dalam program koridor kerana masalah krisis kewangan global. [...]

MP PAS Titiwangsa: Minta Ahli Kariah pilih Jawatankuasa Masjid

Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Mohon laluan. Tuan Yang di-Pertua, terima kasih. Yang Berhormat Menteri, saya tertarik apabila Yang Berhormat Menteri mengatakan tadi tidak kira negeri, yang pentingnya adalah Islam. Saya ingin bertanya, adakah usaha daripada pihak Yang Berhormat sebagai seorang menteri untuk memastikan masjid-masjid dan surau-surau ini diterajui oleh jawatankuasa yang dipilih oleh [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.