MP PKR Machang: Krisis kewangan Global beri kesan keatas Malaysia?

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Jawapan Yang Berhormat Menteri masih berkisar kepada pelaksanaan program koridor.

Saya minggu lepas kita mengikuti pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri berkenaan dengan keputusan kerajaan untuk mengkaji balik pelaksanaan beberapa skop dalam program koridor kerana masalah krisis kewangan global.

Jadi bagaimana sebenarnya dari segi jawapan itu boleh kita terima dari sudut mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Yang Berhormat Menteri, saya mohon diberikan penjelasan bagaimana sebenarnya krisis kewangan global ini memberikan kesan ke atas Malaysia dari sudut perdagangan, dari sudut oil revenues dengan izin, dari sudut business activities, dari sudut growth rate, dari sudut employment and living standards dan dari segi impak jangka panjang.

Ini semua memberi kesan kepada kualiti kehidupan rakyat, keupayaan mereka untuk bertahan dalam keadaan ini. Jadi ada sedikit paradoks dari segi jawapan bahawa masih bergantung kepada pelaksanaan program koridor ketika pengumuman Perdana Menteri mengatakan sudah dilangsaikan dan sebagainya. Sedangkan kita memang betul-betul menghadapi kesan daripada krisis ini. Terima kasih.

Tan Sri Amirsham A. Aziz: Terima kasih. Saya akan adakan, di dalam ucapan saya ini akan ada nanti paragraf berkenaan dengan koridor. Dari segi komen-komen Yang Berhormat berkenaan dengan impak krisis kewangan seperti saya telah katakan tadi, dari segi impak mikroekonominya akan diperjelaskan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Kewangan pada 4 hari bulan ini.

Jadi tunggulah penjelasan impak kewangan dari segi jangka pendek. Dari segi penjelasan saya ini, saya akan menekankan isu-isu jangka sederhana dan jangka panjang, supaya kita dapat melindungi ekonomi kita atau pun dapat kita menjanakan ekonomi kita dengan lancar atau pun growth yang baik dari segi jangka pendeknya, jangka sederhana dan jangka panjang.

Oleh itu saya harap saya dapat menjawab soalan Yang Berhormat berkenaan koridor nanti bila tiba ke perenggan berkenaan dengan koridor.

Rujukan: Pencelahan Penggulungan menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Amirsham A. Aziz, 29 Oktober 2008, ms 175-176

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,527 other followers