MP PKR Machang: Bahas peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

25 November 2008:

Ahli Parlimen Machang membahaskan peruntukan kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Tuan Pengerusi, terima kasih atas peluang ini. Saya mohon merujuk kepada Butiran 00800 – Penyelidikan dan Pembangunan dengan bajet sebesar RM250.7 juta. Perkara yang ingin saya bangkitkan ialah demikian pentingnya peranan MOSTI dalam hal penyelidikan ini kerana zaman berubah.

Kalau dahulu faktor ekonomi dikaitkan dengan tanah, buruh dan modal. Hari ini orang kaitkan dengan pengetahuan, teknologi dan inovasi. Dari latar belakang inilah saya berpendapat bahawa penyelidikan yang menjadi tugas utama kepada kementerian ini saya kira memikul peranan yang cukup besar.

Saya barangkali ketika membahaskan perkara ini tidak hanya menyebut tentang dana penyelidikan di bawah MOSTI, kerana saya dapati buku anggaran perbelanjaan ini di bawah tajuk “Penyelidikan dan Kajian” sahaja dananya bersepah. Yang sempat saya kumpulkan RM545,692,300 melibatkan 43 butiran. Ertinya dana ini semuanya datang dari Treasury.
Continue reading

MP PAS Hulu Langat: Bahas peruntukan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

25 november 2008:

Ahli Parlimen Hulu Langat membahaskan peruntukan kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 25 Nov. 2008.

Teks penuh:
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya ingin mengambil bahagian dalam perbincangan ini dari segi peringkat awalnya iaitu perkhidmatan. Saya merujuk kepada Butiran 020100 – Jabatan Kimia Malaysia yang diberikan peruntukan sebanyak RM76.1 juta.

Saya kira Jabatan Kimia ini sangat penting dalam usaha untuk membantu menyelesaikan kes-kes forensik dan jenayah, tetapi yang lebih penting ialah dari segi menganalisis datanya secara tepat. Jadi, mungkin pertanyaan saya adakah Jabatan Kimia mempunyai kepakaran yang cukup dalam membuat analisa sampel-sampel tersebut di atas.
Continue reading

MP PAS Kuala Selangor: Bahas peruntukan Kementerian Kesihatan

27 November 2008:

Ahli Parlimen Kuala Selangor membahaskan peruntukan Kementerian Kesihatan (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 27 Nov. 2008. Teks penuh akan menyusul …

MP PAS Pendang: Bahas peruntukan Kementerian Kesihatan

27 November 2008:

Ahli Parlimen Pendang membahaskan peruntukan Kementerian Kesihatan (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 27 Nov. 2008. Teks penuh akan menyusul …

MP PKR Machang: Bahas peruntukan Kementerian Kesihatan

27 November 2008:

Ahli Parlimen Machang membahaskan peruntukan Kementerian Kesihatan (peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat, 27 Nov. 2008. Teks penuh akan menyusul …

MP PAS Pendang: Mencelah penggulungan Timbalan Menteri Pelajaran

27 November 2008

Ahli Parlimen Pendang mencelah penggulungan Timbalan menteri Pelajaran mengenai peruntukan Kementeria Pelajaran, 27 Nov. 2008. Teks penuh akan menyusul …

MP Pakatan Rakyat: mencelah penggulungan Timbalan Menteri Pelajaran

27 November 2008:

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersoal jawab dengan Timbalan menteri Pelajaran mengenai peruntukan Kementeria Pelajaran, 27 Nov. 2008. Teks penuh akan menyusul …

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers