MP PKR Machang dan Gombak: Elaun Guru KAFA di Selangor RM1500

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan sedikit. Terima kasih Tuan Pengerusi, saya minta sedikit laluan lagi. Saya pun naik semangat dengar …
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Bagi Yang Berhormat Menteri?

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Boleh sedikit lagi? Boleh, terima kasih Yang Berhormat Menteri. Oleh sebab Yang Berhormat Padang Besar beri bola tanggung, jadi tentulah Yang Berhormat Bagan Datok akan smash sebab Yang Berhormat Taiping balik sudah.

Akan tetapi seruan Yang Berhormat Menteri tadi soal supaya negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan ini turut membantu, saya cuma hendak berkongsi satu perkara. Di Kelantan Yang Berhormat Menteri, ada dua sekolah Cina. Satu di Kuala Krai, yang berpuluh tahun masa di bawah Kerajaan Barisan Nasional minta hak milik tanah tidak dapat-dapat pun dan dapat itu pun setelah Tuan Guru Datuk Nik Aziz jadi Menteri Besar. Itu fakta pertama.

Sebuah sekolah Cina lagi di Kota Bharu, minta tanah untuk besarkan sekolah mereka, itu juga diluluskan. Itu saya fikir dasar yang tidak ada siapa pun hendak pertikai sebab itu yang dibangkit oleh Yang Berhormat Padang Besar ialah hendak tunjukkan bahawa inilah keadaan Kerajaan Pakatan Rakyat yang baru di Perak iaitu tolong Cina tidak tolong Melayu sebab cara berfikir itu politik perkauman. Itu telah dihukum oleh rakyat negeri Perak pun.

Hakikatnya Barisan Nasional kalah di Perak. Itu hakikatnya. Akan tetapi saya menghargai pengiktirafan Yang Berhormat Menteri sekurang-kurangnya usaha yang dibuat oleh Pakatan Rakyat di Selangor yang telah pun pengumumannya dibuat oleh Menteri Besar menaikkan elaun guru agama kepada RM1,500.

Satu perjumpaan untuk memaklumkan pengumuman itu secara rasmi akan dibuat dalam sedikit masa lagi. Jadi, soal pendidikan ini saya fikir biar kita bersetuju dari sudut prinsip umumnya tidak payah kita tengok daripada perspektif perkauman dan saya yakin Yang Berhormat Menteri cukup arif dari segi
melihat ini, cuma tidak apa lah, dari segi politik sekali dapat bola tanggung, smash itu saya tidak
kecil hatilah. Terima kasih.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Satu lagi.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Pengerusi, saya tidak berhasrat smash bola tanggung tetapi kalau sampai bola itu pada saya, saya terpaksa melakukan sesuatu dengan cara yang betul.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Menteri. Saya terharulah kerana Yang Berhormat Menteri menyambut baik usaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru untuk menaikkan elaun guru-guru KAFA dan saya tertarik untuk bersama-sama memohon penjelasan ini kerana saya terlibat secara langsung dalam perbahasan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor yang buat pertama kalinya bersidang selama tujuh hari berbeza dengan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebelum ini, maksimum persidangan Dewan Undangan Negeri tidak lebih dari dua hari.

Maka, usaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru ini ialah untuk menggunakan sekolah agama rakyat, sekolah rendah agama bagi memperkasakan anak-anak kita, orang-orang Melayu Islam supaya berpegang teguh kepada prinsip, ada idealisme perjuangan, memiliki sahsiah dan keperibadian yang mulia.

Maka, untuk memperkasakan sekolah agama ini, kita mengambil keputusan untuk menghargai sumbangan guru-guru agama ini, guru-guru KAFA dengan menaikkan elaun mereka daripada RM738 kepada RM1,500.

Saya salah seorang pembahas dalam Dewan Undangan Negeri untuk mencadangkan perkara itu dan alhamdulillah Menteri Besar Selangor telah pun bersetuju dan akan dibuat pengumuman dalam masa yang terdekat.

Persoalan dan penjelasan yang saya pohon daripada Yang Berhormat Menteri, mengapa perkara ini berlaku hanya pada hari ini. Sedangkan UMNO sebelum ini memperjuangkan Melayunya, ketuanan Melayunya, cabut kerisnya tetapi elaun guru-guru KAFA di bawah paras kemiskinan negara kita. Seolah-olah mereka tidak menghargai sumbangan guru-guru KAFA ini untuk memperkasakan anak bangsa.

Hanya bawah Pakatan Rakyat dengan sokongan PAS dan DAP, kita naikkan elaun melebihi garis kemiskinan negara kepada rakyat.

Tuan Ahmad Maslan [Pontian]: Itu satu perkara sahaja, satu perkara sahaja.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Minta sedikit laluan.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Macam tidak ikhlas sahaja.
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Tuan Pengerusi. Yang tadi berkenaan dengan …

Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya hendak tanya, berapa banyak Yang Berhormat Menteri hendak beri ini?
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Sekejap, sekejap. Tuan Pengerusi, garis kemiskinan Selangor ialah RM1,500. Sekejap, sekejap. Garis kemiskinan kebangsaan RM720. Sebenarnya apa yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor hanya RM1,000. Jadi, guru KAFA Selangor sebenarnya masih berada di bawah garis kemiskinan. Jangan mendabik dada. Saya sebut figure.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Yang Berhormat.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Ini floor saya, floor saya.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Duduklah Yang Berhormat Gombak, jangan hendak bercakap pula.
Dato’ Haji Lilah Yasin [Jempol]: Yang Berhormat Gombak standardlah sedikit.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Selangor ya…

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Garis kemiskinan di negeri Selangor bukan RM1,500. Garis kemiskinan di Selangor yang diumumkan oleh mantan Menteri Besar yang kononnya hanya 1% miskin tegar ini berdasarkan garis kemiskinan RM600 ke bawah sebab itu Kerajaan Pakatan Rakyat baru ini mencadangkan dalam Dewan Undangan Negeri untuk menaikkan garis kemiskinan ini kepada RM1,500. Ini penjelasan saya hendak beri kepada Yang Berhormat Menteri.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Baguslah kalau berhasrat mahu menaikkan RM1,500. Ertinya kalau bagi RM1,000 masih berada di bawah garis kemiskinan dan Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor masih gagal untuk meletakkan guru KAFA ini berada di atas garis kemiskinan. Begitu juga dari segi kutipan zakat.

Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: [Menyampuk]
Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Begitu juga dari segi kutipan zakat. Tuan Pengerusi, kutipan zakat. Zakat yang dikutip di negeri Selangor ialah tertinggi di Malaysia. Jumlahnya, accumulative RM495 juta berbanding dengan Wilayah hanya mengutip RM452 juta dan Johor yang ketiga RM177 juta. Akan tetapi berapa lebihan pendapatan zakat ini?

Dari segi agihan pendapatan oleh Selangor daripada RM495 juta, agihannya sahaja RM411 juta. Ertinya ada lebihan RM84 juta. Oleh sebab itu, saya ingin menyarankan Selangor berikah guru-guru KAFA ini, imam-imam masjid ini berada betul-betul di atas garis kemiskinan.

Saya cadangkan Selangor, kalau betul-betul ikhlas naikkan RM2,000 elaun KAFA, barulah betul prihatin kepada rakyat.

Rujuk: Ucapan pencelahan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, pada 6 November 2008

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers