MP PAS Hulu Langat: Bahas peruntukan kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

20 November 2008:

Ahli Parlimen Hulu Langat membahaskan peruntukam Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Peringkat Jawatankuasa) Dewan Rakyat pada 20 November 2008.

Teks penuh:
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berbincang. Saya mengambil masa yang singkat saja untuk fokus hanya kepada koperasi.

Tuan Pengerusi: Memang begitu. Yang jarang-jarang bercakap dia cakap singkat. Yang selalu bercakap ini panjang meleret dan lebih-lebih.
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Mengenai 0200, Pembangunan Koperasi yang sebagaimana saudara daripada Indera Mahkota sebutkan tadi, peruntukan bagi 2009 tidak ada tetapi 2008 sebanyak RM65.7 juta.

Akan tetapi mungkin saya merasa jawapannya iaitu kerana tahun 2008 ini kita telah pun melancarkan Suruhanjaya Koperasi Malaysia kalau tengok 0300 dengan anggaran RM64.9 juta hampir sama. Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara yang saya ingin bangkitkan iaitu dalam program dua menyatakan bahawa koperasi akan membantu gerakan koperasi menjadi sebuah institusi sosioekonomi yang mapan.

Jadi, dengan peruntukan RM65 juta itu mungkin tidak cukup untuk membantu koperasikoperasi
bagi memulihkan sesetengah koperasi yang telah pun daif umpamanya. Saya difahamkan tahun lepas ada koperasi MOCCIS sendiri yang kerajaan telah pun memberi belanja yang besar. Saya tidak ingat tapi mungkin hampir ke RM7 juta. Koperasi KOHILAL hanya RM750,000 untuk memulihkan mereka. Begitu juga banyak koperasi-koperasi yang memerlukan kewangan untuk memberi pembiayaan ataupun pinjaman kepada anggota-anggotanya.

Mungkin memerlukan bantuan daripada Pembangunan Koperasi ataupun Suruhanjaya Koperasi Malaysia.
Selain daripada itu, saya ingin juga mendapat penjelasan. Baru-baru ini pihak Yang Berhormat Menteri dan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri telah pun melancarkan Koperasi Ibu Tunggal dan juga Orang Miskin iaitu KOBERA.

Saya ingin mendapat sedikit penjelasan tentang perkembangannya yang dijanjikan geran pelancaran bagi setiap koperasi itu sebanyak RM30,000. Jadi sejauh manakah perkembangan dan tentulah kalau saya tidak silap akan mengambil peruntukan yang RM64.9 juta itu.

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bangun]
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Kemudian, selain daripada itu saya juga difahamkan SKM, dalam Akta SKM ini telah mewujudkan dan mencadangkan supaya koperasi menyumbang kepada satu dana sebagai pelaburan. Kemudian tabung ini juga membantu koperasi-koperasi lain.

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: [Bangun]
Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Adakah itu menyebabkan pihak kementerian tidak memberi allocation yang banyak kerana koperasi itu sendiri membantu koperasi-koperasi yang lain. Itu yang saya hendak penjelasan. Selain daripada itu…

Tuan Pengerusi: Nampak Yang Berhormat Rompin berdiri Yang Berhormat? Yang Berhormat Rompin.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Sedikit sahaja. hendak tanya sedikit sahaja. Saya hendak tanya Yang Berhormat, tahniah kepada Yang Berhormat berminat peranan koperasi. Adakah Yang Berhormat setuju suasana sekarang ini banyak anak muda ini di bandar dan luar bandar amat kekurangan dari segi perumahan. Kalau perumahan dibina cara swasta dia dapat untung yang besar tapi kalau dibina sebagai koperasi dia tidak dapat untung yang banyak.

Adakah Yang Berhormat setuju supaya kerajaan menimbang koperasi diberi keistimewaan-keistimewaan untuk mendapatkan kerajaan dan akan dibina rumah boleh jual kepada anak muda yang tak ada rumah dengan harga yang amat berpatutan. Adakah Yang Berhormat bersetuju?

Dr. Che Rosli bin Che Mat [Hulu Langat]: Terima kasih. Saya bersetuju cadangan itu kerana banyak juga yang saya tahu koperasi-koperasi yang telah pun melaksanakan program sebagai developer, membangunkan rumah untuk koperasi itu sendiri termasuk saya rasa di Pulau Pinang, MOCCIS sendiri ada. Kami sebagai koperasi di UKM juga kita cuba tapi tidak berjaya sehingga sekarang tapi saya rasa itu satu cadangan yang baik untuk membantu anggotaanggota yang tidak mempunyai rumah.

Selain daripada itu dalam 13000 – Maktab Kerjasama Malaysia yang hanya diberi peruntukan RM2.5 juta. Saya difahamkan Maktab Kerjasama Malaysia ini telah pun memberi khidmat yang besar kepada anggota-anggota koperasi dan juga operator-operator sendiri untuk melatih dari segi perniagaan, dari segi pengurusan dan juga dari segi kewangan.

Akan tetapi dengan peruntukan yang kecil ini saya rasa tidak cukup untuk membantu dan saya difahamkan juga Maktab Kerjasama Malaysia ini telah pun berusaha untuk mengeluarkan umpamanya peringkat diploma dan sebagainya kepada anggota-anggota yang berjaya mengikut programprogram.

Jadi saya minta supaya patut kita lebihkan dan menggalakkan lagi sebagaimana Yang Berhormat daripada Rompin sebut tadi mungkin untuk membantu remaja-remaja meningkatkan ataupun melatih mereka menjadi usahawan. Maka saya rasa ini tempat yang sesuai juga untuk mereka. Kemudian yang terakhir, saya ingat itu sahaja. [Ketawa] Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tinggalkan jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.