25 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (membahaskan Titah DiRaja)
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya mewakili rakyat Padang Terap mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua yang memberikan laluan kepada saya untuk membahaskan Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Saya mengambil kesempatan ini untuk membahaskan beberapa perkara yang berlaku dalam masyarakat kita. Yang pertama, saya hendak menyebut tentang krisis ekonomi dunia yang berlaku. Krisis yang tidak pernah terfikir boleh berlaku ini dan tidak pernah terfikir boleh berlaku di bawah sistem kewangan Islam sebenarnya, akibat daripada kerakusan golongan kapitalis yang berniaga berasaskan kepada sistem riba, maka berlakulah krisis yang cukup dahsyat yang menyebabkan ramai yang dibuang kerja dan banyak lagi perkara lain yang berlaku.
Saya mengambil kesempatan pada hari ini untuk memperkatakan tentang sistem kewangan Islam yang tidak terjejas apabila berlaku krisis yang teruk di Amerika. Ini diakui oleh pakar-pakar kewangan dan juga disebut oleh Menteri Kewangan kita sendiri yang mengatakan bahawa kita tidak terjejas dengan apa yang berlaku di peringkat antarabangsa.
Maka saya mengajak pada hari ini sidang Dewan yang mulia untuk kita sama-sama melihat apakah yang menyebabkan apakah yang menyebabkan, saya tidak mahu menguraikan apakah yang sebenarnya yang berlaku di luar sana ataupun di Eropah. Akan tetapi saya hendak menyebutkan bagaimana sistem kewangan Islam yang tidak terlibat dengan sistem riba dan
penjualan hutang yang dilakukan telah menyelamatkan sistem ekonomi kita iaitu sistem kewangan Islam.
Sistem Islam terlibat dalam real market yang meniagakan aset dan bukan menggunakan interest ataupun pinjaman wang dan penjualan hutang seperti mana yang banyak dilakukan di pasaran kewangan biasa dan yang ini pun tidak ada transaksi yang sebenar.
Tidak ada dalam bentuk fizikal ataupun tidak ada dalam bentuk aset. Ini sudah tentulah yang akan membuka ruang spekulasi yang berlebihan. Ini juga merupakan akibat daripada perkembangan industri riba yang akhirnya jatuh merudum. Islam telah mengharamkan riba, maka kita sama-sama lihat apakah sistem ini boleh memberikan kebaikan kepada orang Islam ataupun
orang bukan Islam.
Perkara yang kedua ialah sistem Islam, tidak membenarkan kita memberikan pinjaman perumahan kepada mereka yang tidak berpotensi untuk membayar semula. Inilah yang sebenarnya asal kepada krisis sub- prima yang berlaku di Amerika. Walaupun ia kelihatan tidak toleran bahkan ia merupakan ia merupakan lebih baik kerana tidak menghimpit mereka yang tidak mampu dengan hutang baru yang pastinya tidak mampu dibayar.
Mereka yang miskin sepatutnya dibantu oleh kerajaan secara terus. Bukannya membiarkan mereka meminjam daripada institusi kewangan yang mereka sendiri akhirnya akan terhukum kerana tidak mampu bayar. Perkara yang ketiga, sistem kewangan Islam tidak menggalakkan hutang dan perkembangan industri hutang di luar kemampuan. Namun sistem jualan hutang, debt trading meninggikan potensi beban hutang yang lebih daripada kemampuan yang sebenar. Jualan hutang yang dibenarkan oleh Islam hanyalah jika ada pada harga yang sama sahaja.
Berbeza dengan sistem yang diamalkan dalam sistem konvensional yang menjadikan jualan hutang dengan diskaun sebagai trend popular untuk mendapatkan kecairan. Perkara yang keempat, sistem Islam atau sistem kewangan Islam tidak
membenarkan pelaburan dengan janji pulangan tetap seperti mana yang dilakukan oleh mortgage-backed security sub prime.
Ini akhirnya membebankan semua pihak terutamanya pihak yang berjanji walaupun pada awalnya kelihatan menguntungkan. Bayangkan pihak yang berjanji itu bukanlah kecil tapi sebenarnya sebesar Lehman Brothers.
Perkara yang kelima, apa yang berlaku ataupun krisis yang tercetus ini adalah merupakan hasil daripada sistem ekonomi free market. Iaitu membiarkan industri menentukan hala tuju tanpa kawalan. Sistem ekonomi Islam menganjurkan kawalan pasaran oleh kerajaan dalam bentuk yang sewajarnya. Sistem hibbah turut wujud bagi memantau aktiviti pasaran.
Sidang Dewan Rakyat yang dihormati sekali, berdasarkan kepada apa yang saya sebutkan tadi saya ingin menarik pihak kerajaan dan juga kita semua untuk menilai dan juga mencadangkan beberapa perkara yang sepatutnya akan memperkukuhkan dan juga memperkasakan lagi sistem kewangan Islam di Malaysia ini khususnya.
Perkara yang pertama yang saya hendak cadang dan juga desak pihak kerajaan ialah kita mesti meletakkan sistem kewangan Islam ataupun sekurang-kurangnya sistem sewa beli yang berdasarkan kepada Islam mesti digubal dan juga diwujudkan. Sistem sewa beli yang
berasaskan kepada konvensional pada hari ini yang terletak di bawah pengawasan ataupun di
bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebenarnya,
sepatutnya kita sudah mula berubah ke arah sistem hire purchase Islam ataupun kita mesti
menggubal akta sewa beli yang berasaskan kepada Islam. Perkara yang kedua, yang saya ingin
cadangkan kepada Kementerian Kewangan ialah kita perlu menilai semula dualisme yang kita
amalkan dalam sistem perbankan.
Kita melihat bagaimana bank-bank yang besar dalam negara kita CIMB, RHB dan lainlain,
mereka ini walaupun memperkenalkan kewangan Islam ataupun perbankan Islam di dalam
sistem mereka tetapi masih lagi apabila ada instrumen-instrumen baru yang diperkenalkan
terpaksa merujuk kepada parents company ataupun group company yang lebih besar. Saya
mencadangkan kepada pihak kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan supaya memikirkan
DR. 25.2.2009
142
selebih serius untuk kita wujudkan syarikat ataupun bank dalam sisters bukannya parents.
Maksudnya dia ada dalam bentuk yang lebih berasingan seperti mana yang wujud dalam negara
kita Bank Islam, Bank Muamalat. Kita perlu wujudkan CIMB Islamic Bank yang memang bebas
daripada CIMB Group itu sendiri untuk memberikan lonjakan yang lebih besar terhadap sistem
perbankan Islam dalam negara kita.
Perkara yang ketiga yang saya ingin cadangkan dalam ucapan ini ialah adakah kerajaan
melihat ataupun berapa banyak sebenarnya duit kerajaan ataupun GLC yang meletakkan akaun
mereka ataupun meletakkan wang mereka di dalam bank-bank Islam. Ini cukup penting bagi kita
untuk memperkasakan. Adakah Petronas, adakah Sime Darby, adakah TNB meletakkan duit
mereka di dalam bank-bank yang berasaskan kepada Islam ataupun Bank Islam. Perkara yang
keempat yang saya ingin cadangkan ialah Malaysia perlu memikirkan secara lebih serius untuk
mewujudkan satu Mega Islamic Bank, Bank Islam Mega yang menjadi satu benchmark kepada
negara kita. Kita melihat bagaimana negara-negara lain sudah menyiapkan prasarana apabila
melihat potensi kewangan Islam yang berkembang begitu pesat. Kita melihat bagaimana 20%
setiap tahun berlakunya pertumbuhan dalam sistem kewangan Islam.
Sekarang kita melihat lebih kurang RM600 bilion aset kewangan Islam di dunia dan
dijangka meningkat sehingga menjadi dua trilion dalam tahun 2010. Kita sebenarnya sudah
berada di hadapan di dalam sistem kewangan dan juga perbankan Islam. Kita ditiru oleh
kebanyakan negara bahkan bank Islam kita yang diwujudkan pada tahun 1983 telah memberikan
satu nama yang begitu baik kepada Malaysia itu sendiri. Kenapakah kita tidak meneruskan
lonjakan ini? Kita tidak boleh biarkan. Pakar-pakar kewangan Islam kita berhijrah ke Hong Kong
sebagai misalnya, ke Singapore sebagai misalnya yang mereka ini menyediakan gaji yang lebih
menarik, insentif yang lebih menarik. Sepatutnya kita akan terus berada di hadapan untuk
menjadi hab kepada sistem kewangan Islam pada hari ini.
Saya juga mencadangkan dalam ucapan ini, bagaimana pihak syariah ataupun pihak
jawatankuasa syariah atau kerajaan sendiri melalui Suruhanjaya Sekuriti sebagai misalnya kita
membuat framework, kerangka untuk membenarkan ataupun menarik lebih banyak lagi pelaburpelabur
terutamanya daripada Timur Tengah yang mereka ini menggunakan satu piawaian dalam
bentuk antarabangsa. Mereka di sana sekarang lebih maju daripada kita dalam ijtihad-ijtihad
baru. Oleh kerana itu saya mencadangkan kepada pihak kerajaan terutamanya menteri ataupun
Kementerian Kewangan untuk kita sama-sama memikirkan. Adanya satu kerangka baru untuk
kita persiapkan, untuk kita meletakkan Malaysia ini berada di hadapan, di dalam sistem
kewangan Islam. Perkara yang kedua Tuan Yang di-Pertua, yang saya ingin sebut di dalam
ucapan ini, saya hendak mulakan dengan firman Allah SWT, [Membaca sepotong ayat al-Quran].
“Dan orang-orang yang akan meninggalkan dunia di antaramu dan meninggalkan isteri
hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan
tidak disuruh pindah daripada rumahnya. Akan tetapi jika mereka pindah sendiri, maka tidak ada
DR. 25.2.2009
143
dosa baginya ataupun bagimu wali, ataupun waris daripada yang meninggal membiar mereka
membuat makruf terhadap diri mereka. Dan Allah maha perkasa lagi maha bijaksana.”
Saya ingin membahaskan dalam perkara yang kedua ini ialah berkaitan dengan sistem
atau pengendali takaful di Malaysia yang setakat ini ada lapan pengendali takaful. Ada syarikat
yang mengadakan takaful sahaja iaitu syarikat Takaful Malaysia dan Takaful Ikhlas Sdn. Berhad.
Ada syarikat pada masa yang sama mempunyai takaful dan juga pada masa yang sama beramal
dengan insurans. Kedua-dua ini mempunyai perbezaan yang sangat saya jauh dan juga sangat
jelas.
Takaful adalah merupakan suatu sistem yang dibenarkan oleh Islam. Insurans
dipertikaikan kerana mempunyai unsur-unsur ketidaktentuan, unsur-unsur pelaburan yang tidak
pasti dan juga mempunyai unsur-unsur riba di dalam transaksinya.
■ 1940
Saya ingin mengambil masa ini untuk bertanya kepada pihak kerajaan apakah
sebenarnya kaedah yang digunakan dalam perjalanan dan pengendalian takaful di Malaysia ini?
Kenapakah pada masa yang sama, ada syarikat ataupun kerajaan membolehkan syarikat
insurans menjadi pengendali takaful di bawah pentadbiran dan juga bumbung yang sama? Ini
menimbulkan kekeliruan. Seolah-olah, insurans ini sama dengan takaful. Jauh kerana saya
sendiri terlibat dalam sistem ini dan saya sendiri buat kajian semasa saya berada di peringkat
ijazah pertama dahulu. Memang jauh prinsip dan objektif yang hendak dicapai.
Oleh kerana itu, ia menimbulkan kekeliruan kepada orang Islam. Saya juga ingin
bertanya dalam Dewan yang mulia ini kenapa dibenarkan para wakil insurans mempromosikan
dan juga memasarkan produk takaful pada satu masa. Macam mana mereka hendak
menerangkan kepada pelanggan mereka? Macam mana mereka hendak berhujah dengan
pelanggan mereka? Mereka pada masa yang sama menyebut produk yang halal, pada satu
masa yang sama mereka menyebut satu produk atau pun satu perkara yang boleh mengelirukan.
Saya juga ingin bertanya kepada pihak kementerian adakah kaedah ini telah mendapat
kelulusan JAKIM dan adakah pihak IKIM telah memperhalusi dan membuat kajian secara lebih
mendalam? Saya takut ia tidak mendapat kelulusan JAKIM yang hanya dilaksanakan agen-agen
atau wakil-wakil takaful dan insurans ini pada masa yang sama buat dua kerja dan menyebabkan
timbul kekeliruan seperti mana yang disebutkan tadi.
Saya ingin bertanya juga apakah syarat sebenarnya untuk menjadi wakil bagi keduakedua
pengendali ini selaras dan apakah ia diselaraskan bagi semua pengendali? Apakah pada
masa yang sama wajar syarikat insurans digabungkan dengan pengendalian ataupun syarikat
pengendali takaful. Saya juga ingin menarik perhatian adakah pihak Bank Negara Malaysia ada
mempunyai perancangan untuk membawa syarikat takaful atau pun insurans asing ke Malaysia
dalam masa yang terdekat ini. Saya juga mencadangkan kepada kerajaan agar memberikan
pemahaman terutamanya ilmu tentang takaful, ilmu tentang sistem Islam ini bermula di peringkat
DR. 25.2.2009
144
awal lagi. Di peringkat-peringkat sekolah rendah dan sekolah-sekolah menengah dan saya
berharap pihak kerajaan akan mengambil perhatian.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menyebut dalam ucapan ini perkara yang berkaitan
dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Kita telah melihat bagaimana dan juga telah berdebat
dalam sidang Dewan ini sesi yang lepas tentang AUKU, atau pun pindaan terhadap Akta
Universiti dan Kolej Universiti. Saya cukup prihatin dan cukup berminat untuk bercakap kerana
saya sendiri terlibat dan menjadi mangsa kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti ini.
Baru-baru ini, saya baru sahaja melihat berakhirnya pilihan raya kampus yang menjadi
cerminan sebenar kepada demokrasi yang berada di luar. Saya ingin menarik perhatian
sekiranya kita melaksanakan dan juga mengamalkan demokrasi di luar atau pun di peringkat
negara dengan membenarkan kita bertanding secara berparti, mengikut sistem parti, tetapi pada
masa yang sama kita membiarkan mahasiswa-mahasiswa yang berada di dalam universiti
mereka ini tidak dibenarkan untuk bertanding secara berparti. Bahkan ada universiti yang
mewajibkan setiap calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya kampus bertanding secara
sendirian tanpa parti.
Sudah tentulah ia tidak menjadi mainan yang sebenar demokrasi yang berlangsung di
Malaysia. Bahkan kalau kita tengok dalam media arus perdana, di dalam media cetak juga
media elektronik terdapat dua kumpulan yang dominan yang diuar-uarkan oleh media-media ini
iaitu pro mahasiswa dan juga pro aspirasi. Jadi, saya mencadangkan dan mengharapkan pihak
Kementerian Pengajian Tinggi untuk memikirkan perkara ini secara lebih serius.
Kedua, budaya yang tidak baik sudah menular di dalam kampus. Budaya samseng,
budaya ugut, budaya suapan yang seperti mana yang saya sebut dalam perbahasan saya
sebelum daripada ini. Bahkan, saya dimaklumkan oleh seorang aktivis mahasiswa bahawa
beberapa orang polis yang berpakaian seragam dan preman menggeledah rumah mahasiswa
tanpa waran. Bagaimana perkara ini boleh terjadi dalam satu institusi yang diangkat martabatnya
sebagai sebuah taman Ilmu.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian pihak kementerian agar
melonggarkan atau memberikan kelonggaran kepada mahasiswa-mahasiswa yang ingin
berjumpa dan juga berbincang dengan menteri atau pun timbalan menteri. Sebelum daripada ini,
mereka saya dapati atau pun saya mendapat maklumat mereka tidak dilayan dengan baik. Saya
menegaskan bahawa perkara ini perlu untuk mendidik mereka dan juga menjadikan mereka
mahasiswa yang akan keluar berada dalam masyarakat luar dan juga bertanggungjawab kepada
negara.
Tuan Yang di-Pertua, saya juga ingin menarik perhatian di dalam perbahasan saya pada
hari ini iaitu bagaimana agensi-agensi kerajaan yang berada di peringkat bawahan masih lagi
menganaktirikan kami yang dipilih sebagai wakil rakyat. Saya berdepan bagaimana borangborang
yang disediakan oleh kementerian masih lagi tidak dibenarkan, saya cop atau pun saya
DR. 25.2.2009
145
tandatangan. Kalau saya tandatangan atau saya cop, maka borang itu akan hilang begitu sahaja
atau pun tidak boleh diangkat ke atas.
Kita berada dalam sistem yang sudah matang pada pandangan saya tetapi tindakantindakan
yang berada di peringkat bawah masih lagi tidak menunjukkan kematangan. Kami
dipilih secara demokrasi oleh rakyat. Kamilah merupakan wakil kepada rakyat untuk
menyuarakan, untuk memudahkan saluran peruntukan daripada pihak kementerian turun kepada
rakyat. Akan tetapi sekiranya masih ada lagi mereka yang berfikiran ke belakang alangkah sedih
dan saya mengharapkan perkara ini tidak lagi berterusan.
Tuan Yang di-Pertua, perkara yang terakhir yang ingin saya sebut selaras dengan dasar
jaminan makanan negara. Di Padang Terap masih ada lagi tanah-tanah yang boleh kita
bangunkan, tanah-tanah yang boleh kita dibangunkan sebagai sawah padi, sekurang-kurangnya
untuk kita tanam padi dan saya mengharapkan pihak Kementerian Pertanian dan juga agensi-agensi yang berkaitan untuk melihat dan juga mengenal pasti terutamanya ada di kawasan Pedu, di kawasan Sena Pedu yang boleh disambung untuk kita tanam padi dan juga ini sudah tentulah akan menyumbang kepada perbekalan atau pun menyumbang kepada dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan sendiri iaitu dasar jaminan makanan.
Saya dengan ini menyokong Titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Terima kasih.
Difailkan dalam: ADR Padang Terap
