26 Feb. 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan titah DiRaja)
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya mohon penjelasan. Pertama dengan semangat yang dibawa, hari ini pun pakai songkok nampak cantik sungguh. Segak. Saya hendak tanya dalam isu yang disinggung secara khusus, negeri Perak.
Saya hendak tanya adakah satu yang dianggap tindakan ini hendak menghapuskan Raja-raja, hendak menghapus Institusi Raja-Raja? Itu kena jelas sebab sepanjang yang kita bincang ini tidak timbul langsung persoalan kita hendak hapuskan Institusi Raja-Raja. Yang ada ialah kita menganggap bahawa yang kita lakukan ini ialah di dalam lingkungan Perlembagaan.
Saya mohon jangan terlalu overboard sehingga menuduh pihak tertentu kerana tuduhan ini agak serius, Yang Berhormat
Pasir Salak. Ini kerana menyatakan hendak menentang Raja-Raja, hendak menghapus, ini satu tuduhan yang boleh bawa kepada bunuh, mati. Jadi, saya rasa itu kena cermat sikit. Saya mohon penjelasan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih. Tuan Yang di- Pertua, apabila tindakan pemimpin-pemimpin yang mempertikaikan kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan yang mengakibatkan suatu tunjuk perasaan yang di luar batasan, menghina Sultan, mencaci Sultan, apakah ertinya ini semua? Tidakkah ia berbau bahawa mereka tidak suka kepada institusi kesultanan? Apa bacaan Yang Berhormat dalam hal ini? Kalau sudah menunjukkan kebencian, kalau kita benci kepada seseorang adakah bermakna kita boleh menerima seseorang itu?
Dr. Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali [Titiwangsa]: Laluan. Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Setiap kali saya bangkitkan perkara ini saya tidak mendapat jawapan yang jelas daripada sebelah sana. Apakah agaknya kedudukan mereka yang berdemonstrasi dengan bawa banner besar, tulis “binatang” lagi, yang ditujukan kita tahu siapa yang ditujukan. Semua kita tahu.
Adakah mereka ini juga maksudnya apa? Di mana kedudukan mereka ini? Tidakkah mereka juga menghina, menderhaka institusi kesultanan dan Institusi Raja. Berdemonstrasi tidak setuju dengan pilihan Sultan. Kemudian menabalkan Sultan
lain. Kemudian mengurangkan imuniti Raja-Raja, seluruhnya kekebalan Raja-Raja itu dikurangkan. Jadi, apa pendapat Yang Berhormat Pasir Salak.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih, Yang Berhormat Titiwangsa. Tuan Yang di-Pertua, pendirian saya jelas. Saya tidak kira UMNO, tidak kira siapa sama ada daripada MCA, Gerakan, MIC, apatah lagi daripada parti pembangkang. Kalau sekiranya perbuatan-perbuatan tingkah laku yang dibuat itu membawa kepada kebencian kepada Sultan, saya tidak setuju dan saya menganggap bahawa ia mempunyai satu kesan yang buruk kepada institusi beraja dalam negara kita ini. Itulah sebabnya bila berlaku penghinaan terhadap Sultan kita tidak menyokong, kita tidak berikan endorsement, dengan izin. Akan tetapi apa yang kita katakan pada kali ini yang berlaku di Seri Iskandar itu saya ada di situ.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bukan setakat dengan banner, Yang Berhormat Titiwangsa, dengan maki hamun, dengan baling batu, baling botol dan sebagai, sanggup tidur di tengah jalan, baring di tengah jalan. Ini sudah lebih daripada apa yang kita pernah tengok di masa yang sudah. Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih, Yang Berhormat Pasir Salak. Saya rasa kita di sebelah sini pun tidak ada orang yang mengeluarkan sokongan ke atas tindakan maki hamun kepada Sultan. Itu, we get the facts right ya dengan izin, tetapi apa berlaku pada hari itu memang di luar kawalan – kemarahan. Kita
rasa sedih bagaimana institusi Sultan diheret masuk ke dalam arena politik dan ini yang kita tidak hendak. Seperti mana yang kita sebutkan tadi ini merupakan satu persoalan yang perlu diselesaikan dalam mahkamah kerana there is a point of contention dari sudut undang-undang, dengan izin dan kita hendak bawa perkara ini kepada mahkamah untuk hendak diselesaikan.
Kalau rasa isu mahkamah itu lambat sangat, maka itulah di antara sebab mengapa kita telah mencadangkan kepada Dato’ Seri Nizar, Menteri Besar sah negeri Perak untuk bertemu dengan Sultan, meminta, memohon supaya Dewan Undangan Negeri itu dibubarkan supaya ianya diselesaikan dengan cepat kerana kita tahu mahkamah ini lambat. Ini kerana tiga ADUN itu
kedudukannya adalah dipersoalkan.
So jangan kata kita ini setuju dengan maki hamun Sultan. Saya rasa Yang Berhormat Pasir Salak pun dengar tidak pernah kita maki hamun Sultan dan kita mempertahankan Institusi Diraja. Apabila isu-isu seperti mana yang disebutkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa tadi kita yang membantah. Pada masa itu Barisan Nasional diam. Lalu ini kita get our facts right lah.
Jangan ada sangkaan buruk.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Teruskan Yang Berhormat Pasir Salak, sila.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua, siapa yang berkubu di rumah Menteri Besar Perak? Siapa yang mengumpulkan ribu-ribuan penyokong di rumah Menteri Besar Perak? Siapa yang mengacum begitu ramai manusia di situ? Ucapanucapan yang begitu berapi-api yang membakar semangat untuk menentang keputusan Duli Yang
Maha Mulia Sultan. Bukankah itu merupakan bahawa pemimpin-pemimpin daripada parti pembangkang yang menjadi dalang kepada tunjuk perasaan yang dilakukan oleh pengikutpengikut mereka yang selepas itu tidak terkawal lagi? Memang cerdik, pemimpin-pemimpin sudah cucuk-cucuk, pengikut kemudian duduk rumah tidur. Pengikut juga yang menjadi mangsa.
Inilah jenis pemimpin parti pembangkang.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Mohon penjelasan.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tidak bertanggungjawab.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua: Yang mana satu? Yang Berhormat Batu Pahat kah, Yang Berhormat Shah Alam?
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Bagi Yang Berhormat Batu Pahat. Kang bagi Yang Berhormat Shah Alam balik.
Tuan Yang di-Pertua: Saya benarkan berbahas begini tetapi dengan penuh hemah. Jangan langgar peraturan mesyuarat. Sila Yang Berhormat Batu Pahat.
Dr. Haji Mohd. Puad Zarkashi [Batu Pahat]: Ya, ya. Terima kasih Tuan Yang di- Pertua. Saya cuma mohon penjelasan daripada Yang Berhormat Pasir Salak. Bahawa ini berlaku puncanya adalah kerana provokasi. Antaranya ialah bila disebut perkataan mohon derhaka, kemudian dengan ceramah-ceramahnya. Lepas itu kalau saya baca blog dan juga media, pihak di sebelah sini baik Suara Keadilan, ataupun Harakah. Memang ada provokasi.
Sebab itulah timbul perkara seolah-olah menghina Raja. Akan tetapi dalam kes Perlis dan Terengganu, kita akur dengan keputusan Sultan. Baik di Perlis atau di Terengganu dia hendak Menteri Besar itu okey tidak ada masalah, kita tidak buat provokasi. Walaupun ada mula-mula di peringkat awal, tetapi pemimpin tidak ada provokasi dan kita terima keputusan sebab itu adalah budi bicara Sultan. Baik di Perlis atau di Terengganu. Kita tidak ada membantah. Akan tetapi yang berlaku di Perak ialah dibantah, dilawan lagi di mahkamah dan sebagainya. Ini yang menyebabkan seolah-olah Raja itu dihina. Apa pandangan Yang Berhormat Pasir Salak?
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Tuan Yang di-Pertua…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih. Saya belum jawab habis apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Shah Alam tadi. Iaitu katanya mengapa mengheret Duli Yang Maha Mulia Sultan dalam politik? Siapa yang mengheret? UMNO tidak mengheret. Kita cuma mempersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan kedudukan di
dalam Dewan sudah berubah iaitu Barisan Nasional mendapat sokongan majoriti. Tidak ada mengheret Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Terpulang kepada Duli Sultan untuk membuat keputusan. Adakah itu dianggap bahawa Duli Yang Maha Mulia begitu rendah martabatnya, tidak boleh berfikir dengan sewajarnya untuk menentukan sama ada apa yang dibentangkan
dipersembahkan itu benar atau tidak benar.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Minta penjelasan sedikit.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Jadi tidak timbul. Satu lagi soal yang dibawakan oleh Yang Berhormat Shah Alam yang perlu saya jawab. Iaitu katanya satu alternatif ialah membubarkan Dewan. Menteri Besar yang dahulu berkeinginan untuk mempersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan. Sebelum ini pun telah dipersembahkan kepada Sultan supaya Dewan dibubarkan. Yang Berhormat Shah Alam, tolong baca Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak berhubung dengan pembubaran Dewan.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: [Bangun]
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Sekejap. Berhubung dengan pembubaran Dewan iaitu dalam artikel 16, perkara 16 disebut bahawa Menteri Besar boleh memohon kepada Sultan untuk membubarkan Dewan. Terpulang kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan untuk bersetuju atau tidak bersetuju. Kalau dia tidak bersetuju apa katanya di dalam rang undang-undang tubuh itu? Disebut dengan jelas iaitu Menteri Besar itu mesti meletakkan jawatan. Mesti cease to be the Menteri Besar. Dengan izin this is the Constitution provision…
Tuan Yang di-Pertua: Okey, Yang Berhormat Pasir Salak.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Itu sudah…
Tuan Yang di-Pertua: Itu jelas, itu jelas. Tadi point of order telah disebut. Saya telah beri ruling bahawa yang ini elok kita beri…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey kita stop situ.
Tuan Yang di-Pertua: Stop di sini, sampai situ sahaja. Kerana sekarang ini saya bukan hakim mahkamah untuk menentukan siapa yang betul dalam artikel 16 kah apa kah. Okey kita stop di situ…
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Cuma saya minta…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Kita stop di situ kita berbalik kepada ini Yang Berhormat Parit Buntar.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam sudahlah.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya hendak terima kasih. Saya hendak menjelaskan sedikitlah. Dia menyebut perkara 16, tetapi kita perlu membaca sama perkara 16 itu dengan (6). Iaitu sekarang keadaan Menteri Besar sudah ada kemudian dilantik baru. Bagaimana hendak meletakkan jawatan atau melucutkan jawatan yang ada? Ada tiga cara.
Satu bubar Dewan, yang kedua undi tadi percaya dan yang ketiga Menteri Besar itu sukarela letak jawatan. Tiga-tiga perkara ini untuk pengetahuan sidang Dewan tidak berlaku dan inilah yang menjadi alasan kita untuk mempertahankan dari segi undang-undang. Sekian terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, okey. Yang Berhormat Pasir Salak tidak payah respons kepada itu.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Dia boleh bertanya tetapi saya tidak boleh jawab?
Tuan Yang di-Pertua: Yang jelas. Tadi pendirian Yang Berhormat sudah saya dengar jelas dan yang itu cuma sebagai satu soalan. Kalau saya benarkan lagi itu, bermakna saya seolah-olah saya tidak mengendahkan tadi kepada…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Okey, menghormati Tuan Yang di-Pertua, saya tidak sentuh lah itu. Akan tetapi mungkin lepas ini saya bagilah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak untuk dibaca oleh Yang Berhormat Parit Buntar.
Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar]: Saya sudah baca jugalah, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Sila…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Tuan Yang di-Pertua…
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: [Bangun]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam, kalau pasal soal tadi itu, tidak apalah.
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Jangan soal teknikal. Soal undang-undang Tuan Yang di-Pertua tidak benarkan. Yang lain tanyalah berapa hendak tanya pun.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Baik Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Pasir Salak. Sebenarnya tadi Yang Berhormat Pasir Salak kata kita mengadakan demonstrasi, kita adakan ceramah dan sebagainya. Saya rasa dalam ceramahceramah yang diadakan, yang saya hadir di rumah Menteri Besar itu tidak ada pun menyentuh
Sultan Perak.
Sebenarnya apa yang kita sentuh itu ialah UMNO dan Barisan Nasional dan inilah kita punya serangan dan dalam soal negeri Perak ini yang kita hendak lawan, Pakatan Rakyat hendak lawan Barisan Nasional. Akan tetapi Barisan Nasional letak Sultan depan. Ini yang jadi masalah dan inilah yang dikatakan heret. Tadi Yang Berhormat Pasir Salak tanyakan, heret.
Betul kah heret? Saya jawab betul kerana apa heret. Ini kerana ada isu yang telah dibawa ke mahkamah yang berhubung dengan tiga ADUN ini tidak selesai. Akan tetapi hendak selesaikan secara pintas secara short cut dibawa pergi ke Sultan dan minta Sultan terima bahawa sudah ada majoriti.
Sedangkan majoriti tidak tentu lagi kerana kedudukan tiga-tiga ADUN ini masih belum diputuskan. So mengapa Barisan Nasional perlu berselindung di sebalik Sultan? Kita tidak lawan Sultan. Kita hormat Sultan dan kita pertahankan Institusi Raja-Raja Melayu. Akan tetapi malangnya dan tidak pernah kita mengambil apa-apa tindakan untuk mencabar kedudukan itu.
Malangnya Barisan Nasional apabila setiap kali berhadapan dengan Pakatan Rakyat apabila tidak boleh menang, dia duduk sembunyi belakang Sultan.
Tuan Yang di-Pertua: Okey Yang Berhormat Shah Alam.
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Dalam keadaan itu, I give you my viewlah. Saya percaya saya punya pandangan…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Terima kasih…
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: …yang tidak hormat Sultan dalam keadaan seperti itu, bukan Pakatan Rakyat, tetapi Barisan Nasional, terima kasih.
Difailkan dalam: ADR Parit Buntar
