2 Mac 2009 – Sesi soalan jawab lisan
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap] minta Menteri Pengajian Tinggi menyatakan justifikasi utama kementerian dalam mensyaratkan setiap pensyarah di dalam bidang sastera dan kemanusiaan terutamanya di bidang Pengajian Islam untuk menghantar artikel ke penerbitan Jurnal International Scientific Islam (ISI) sebagai syarat kenaikan pangkat di universiti tempatan.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Bismillaahir Rahmaanir Rahiim. Sebelum soalan yang ke-14 saya kemukakan kepada kementerian, saya ingin betulkan sedikit. ISI ini, Jurnal International Scientific Index, bukannya International Scientific Islam. Terima kasih
Timbalan Yang di-Pertua. Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Yang Berhormat soalan 14.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II [Dr. Hou Kok Chung]: Timbalan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat, terdapat beberapa kriteria yang dinilai bagi kenaikan pangkat pensyarah. Antaranya ialah:
(i) Pencapaian cemerlang dalam pengajaran dan penyeliaan
(ii) Pencapaian dalam aktiviti penyelidikan dan perundingan
(iii) Pencapaian dalam kepimpinan akademik dan sumbangan kepada universiti, masyarakat dan negara
(iv) Penerbitan ilmiah seperti menerbit bahan-bahan ilmiah dalam jurnaljurnal berwasit atau citation tinggi dan bertaraf antarabangsa.
Jurnal citation ialah jenis jurnal ilmiah di mana setiap makalah yang termuat di dalamnya dinilai atau diwasit oleh pakar-pakar daripada bidang makalah itu. Secara umumnya ia dihasilkan atau ditulis oleh para akademik, penyeledik atau para pengamal bagi menerbitkan hasil penyelidikan mereka sama ada diterbitkan di Malaysia atau di luar negara dan mempunyai Lembaga Editorial yang dianggotai oleh pakar-pakar tempatan dan luar negara. Dalam hal ini, penghantaran artikel ke penerbitan ISI bukanlah satu pilihan semata-mata memandangkan banyak jurnal-jurnal antarabangsa yang lain. Kriteria yang dinilai dan yang diambil kira ialah kualiti jurnal yang berwasit tinggi dan bertaraf antarabangsa serta selari dengan bidang masing-masing. Sekian.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. ISI ini yang saya faham ia digunakan oleh universiti di Barat untuk bidang sains dan teknologi. Bukannya untuk bidang sastera dan juga kemanusiaan. Soalan saya kenapa pihak kementerian menjadikan ia salah satu daripada kriteria utama untuk penilaian bagi pensyarah-pensyarah kita dalam persoalan kenaikan pangkat?
Kenapa pihak kerajaan tidak menjadikan penghasilan jurnal-jurnal akademik ataupun buku-buku akademik sebagai kriteria utama dan adakah pihak Kementerian Pengajian Tinggi tidak mahu mewujudkan standard sendiri di Malaysia ini tanpa berkiblatkan kepada Barat ataupun negara luar sebagai syarat kenaikan pensyarah-pensyarah kita? Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung: Timbalan Yang di-Pertua, untuk maklumat Ahli Yang Berhormat. Seperti tadi yang saya kata, ISI hanya merupakan salah satu pilihan sahaja untuk kenaikan pangkat dan untuk maklumat Dewan yang mulia ini juga, ISI memang sekarang menjadi satu trend yang utama untuk universiti menentukan sama ada sesuatu penyelidikan itu bermutu.
Untuk maklumat Dewan yang mulia ini juga, dunia akademik ini, bukan sahaja hanya satu ISI, kita mempunyai satu list publication yang bermutu seperti Skopia. Dia juga merupakan satu rujukan untuk universiti. Sekian.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Sedikit jawapan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Ronald Kiandee]: Tidak boleh Yang Berhormat. Itu sahaja jawapan Yang Berhormat.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Sebab saintifik. Yang ini untuk Sains dan Teknologi. Kementerian, ISI ini untuk Sains dan Teknologi bukan untuk…
Dr. Hou Kok Chung: Ini bukan sahaja untuk Sains sebab banyak jurnal Sasteraataupun Kemanusiaan. Memang juga ada masuk dalam ISI.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung: Skopia juga sama. Sekian.
Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih.
Dr. Haji Mohd. Hayati bin Othman [Pendang]: Tambahan. Terima kasih Timbalan Yang di-Pertua, Timbalan Menteri. Hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pensyarah-pensyarah kita banyak memberi kemudahan kepada rakyat. Sebagai salah satu contohnya adalah terutamanya di bidang perubatan seperti typhoid kit yang dihasilkan oleh Prof.
Asmah dari Universiti Malaya. Jadi saya ingin tahu daripada.. Universiti Sains, maaf.
Apakah hasil-hasil kajian lain contohnya seperti yang baru-baru ini didedahkan kepada masyarakat berhubung dengan kajian-kajian tentang hendak mendiagnose masalah penyakit demam denggi. Apakah hasil-hasil yang telah dijalankan oleh pensyarah kita ini telah memasuki pasaran dunia yang diiktirafkan oleh dunia yang menyebabkan mereka ini menjadi pelopor di pasaran dunia pada masa ini? Kalau Timbalan Menteri tidak boleh dapat jawab pada hari ini boleh dijawab secara bertulis kerana saya rasa ini penting untuk pengetahuan semua dalam menjamin mereka ini terus dinaikkan pangkat dan seterusnya menjadi Naib Canselor pada masa akan datang. Terima kasih.
Dr. Hou Kok Chung: Timbalan Yang di-Pertua, saya akan jawab secara bertulis.
Difailkan dalam: ADR Padang Terap, ADR Pendang
