MP PAS Padang Terap: ‘Fesyen separuh Universiti Malaya’ … Bagaimana Kementerian gubal pelajaran moral

3 Mac 2009 – Perbahasan Usul-Usul (Mencelah jawapan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menggulung Titah DiRaja)

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya merujuk ucapan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi yang berkaitan dengan isu kontrak sosial yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat.

Yang Berhormat Timbalan Menteri menyebut tadi tentang satu pelajaran yang juga digubal oleh kementerian iaitu berkaitan dengan pendidikan moral. Saya hendak merujuk kepada apa yang berlaku di sebuah universiti baru-baru ini iaitu Universiti Malaya iaitu posting yang saya dapati dan banyak tersebar dalam internat dan diakui sebenarnya berlaku iaitu berita ‘Fesyen Separuh Bogel Universiti Malaya’, ‘Fesyen Siswi Gemparkan Universiti Malaya’, isu Ladies Day yang melibatkan memperagakan pakaian menjolok mata, tarian poco-poco yang dilakukan di dewan kantin terbuka dalam sebuah universiti di Kolej Kediaman Kelapan.

Jadi bagaimana sebenarnya apabila kita melihat seolah-olah kita bukannya duduk dalam universiti ini. Bila tengok dengan keadaan fesyen separuh bogel, ada pula mangsa lelaki pun terlibat dan yang tidak terkawal maksud saya. Bagaimanakah kementerian merancang dan menggubal sebenarnya pelajaran moral ini untuk diterapkan? Kalau kita di peringkat pengajian
agama, kita ada sistem kita.

Akan tetapi bagaimanakah untuk semua mahasiswa supaya tidak lagi berlaku peristiwa-peristiwa yang cukup memalukan ini dalam universiti ataupun tempattempat pengajian tinggi kita yang kita hendak melahirkan universiti yang mendukung intelektual yang akhirnya akan memimpin negara kita. Terima kasih.
Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Terima kasih Yang Berhormat Padang Terap. Terima kasih.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Padang Terap, Yang Berhormat Tuaran dan juga Yang Berhormat Silam. Ketiga-tiganya membawa isu yang sama yang saya percaya dalam perhatian yang serius oleh pihak kementerian. Yang Berhormat Padang Terap menyatakan beberapa insiden yang memalukan.

Peristiwa ataupun program-program yang dianjurkan mungkin oleh pertubuhan-pertubuhan pelajar di peringkat residen dan juga di peringkat anak negeri yang mungkin boleh menjatuhkan imej pelajar-pelajar siswa-siswa di universiti kita.

Untuk makluman Yang Berhormat, semangat yang kementerian bawa ialah setiap program yang dianjurkan mestilah program yang bersifat melahirkan insan yang seimbang, modal insan yang seimbang. Jadi saya percaya peristiwa-peristiwa yang disebut Yang Berhormat itu agak keterlaluan dan saya sendiri akan menjalankan siasatan. Seperti poco-poco, ia juga
boleh dipandang sebagai satu program senamrobik yang boleh melahirkan insan yang sihat jasmaninya. Itu saya percaya mungkin kita akan siasat juga kalau ianya dilakukan secara keterlaluan sehingga menjejaskan ketenteraman dan keamanan awam.

Tuan Mohd. Nasir bin Zakaria [Padang Terap]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. terima kasih Yang Berhormat Menteri. Saya menyebut dalam perbahasan Titah Diraja berkaitan dengan kaedah mahasiswa melibatkan diri dalam demokrasi kampus. Ini kerana pada pandangan saya dan juga kawan-kawan yang lain, apabila kita melaksanakan demokrasi di peringkat kampus terutamanya.

Ia merupakan adalah satu yang lahir daripada cerminan demokrasi yang berada di luar. Di luar kita tidak bertanding secara bersendirian kecuali kepada bebas. Kalau kita lihat di luar kita menggunakan sistem parti, apa salahnya untuk kita melihat di peringkat kampus juga mengamalkan cara yang sama supaya kita nampak, memang dalam negara kita pun isu besar ini adalah pembangkang dan juga kerajaan.

Bagaimana orang yang bertanding dalam bentuk persendirian boleh membawa gagasan kerajaan. Kedua, saya hendak sebut tentang, saya juga mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri yang kurang protokol bagi mahasiswa untuk berjumpa. Cuma ada beberapa isu yang mungkin agak sensitif sebelum ini yang sukar untuk mereka berjumpa terus dengan
Timbalan ataupun Menteri sendiri.

Sebagai satu contoh yang saya ambil, baru-baru ini berlaku satu kejadian yang cukup menyedihkan. Di surau akademik pengajian Islam, kepala babi yang dibalut dengan bendera PAS dengan penuh darah-darah dibalut kemudian diletak di dalam
surau. Jadi mungkin kadang-kadang mereka memerlukan untuk berjumpa dengan Menteri lebih cepat. Bukan dia tunggu hendak surat dulu, isu sudah basikan. Jadi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Menteri.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron: Terima kasih. Yang Berhormat Padang Terap dan saya boleh bersama berkongsi bahawa untuk mencapai hasrat yang sama. Cuma dalam skala yang berbeza. Pilihan raya di luar, apabila kita memangkah ataupun menyokong calon itu perasaan kita sama. Jadi saya yakin di dalam boundary universiti apabila seorang pelajar itu
memangkah calon mereka perasaan dia pun sama. Mungkin kaedah berbeza.

Akan tetapi kita ingin menyemarakkan semangat demokrasi di dalam kampus. Tidak semestinya bersamaan dengan apa kaedah yang dilalui di luar kampus. Bagi isu perjumpaan dengan Menteri dan Timbalan menteri yang terlalu protokol dan bila berjumpa isu sudah basi. Bagi makluman Yang Berhormat isu kepala babi yang dibalut dengan bendera PAS di surau Pengajian Islam, saya mendapat tahu isu itu di malam yang sama.

Saya menyerahkan kepada pihak keselamatan universiti dan juga kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk siasat apakah punca dan sebenarnya. Lebih-lebih lagi ketika berlakunya pemilihan perwakilan pelajar di Kampus UM. Saya masih lagi menunggu laporan polis dan saya yakin siasatan sedang dijalankan dan saya tidak ingin mencampuri buat ketika ini. Walau
bagaimanapun apabila telah dapat keputusannya nanti, saya yakin ia boleh kita kongsi bersama apabila keputusan ataupun laporan yang diterima kelak.

Tinggalkan Jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.