MP PKR Kulim Bandar Baru: Bantuan Perumahan Mesra Rakyat perlu kad ahli Umno …

12 Mac 2009 – Perbahasan Usul (Mencelah Penggulungan menteri Kewangan II menggulung Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009

Tuan Zulkifli bin Noordin [Kulim Bandar Baharu]: Terima kasih Tuan Pengerusi. Yang Berhormat Menteri, saya ingin tanya sedikit penjelasan daripada yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Kuala Kedah tadi berkaitan dengan pelaksanaan di peringkat akar umbi dasar membantu rakyat untuk rumah kos rendah ini termasuk program terbaru yang dipanggil Program
Rumah Mesra Rakyat.

Baru-baru ini, saya balik sendiri ke kawasan saya di Kulim. Beberapa tempat yang memerlukan bantuan perumahan. Pada dasar baru dipanggil rumah mesra rakyat, kalau ada geran tanah just apply. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa untuk rakyat di bawah mendapatkan borang itu, perlu mendapatkan borang tersebut di Pejabat UMNO cawangan. Kemudian, bukan itu sahaja. Ini, saya pergi sendiri, dia pula tidak kenal saya Ahli Parlimen.

Jadi, saya pergi sendiri, saya kata Encik, saya orang miskin, saya hendak ini. Dia kata kad UMNO mana? Saya kata, saya bukan Ahli UMNO, saya rakyat Malaysia, orang kampung. Minta maaf, ini pergi isi borang dahulu, selepas itu datang balik. Saya kata macam itu saya hendak jumpa Yang Berhormat Menteri lah, saya hendak minta borang dengan Yang Berhormat
Menteri. Dia kata, hang pergi lah jumpa dia tetapi yang hendak cop kami dia kata.

Kami yang cop. Minta maaflah Yang Berhormat Menteri, kita cakap Penang sedikit. Kalau hang tidak dapat cop kami, hang tidak dapat. Kalau kami cop hang bukan Ahli UMNO, dia kata kami cop kalih dia panggil. Dia panggil dasar cop kalih. Rupanya, orang UMNO ini dia akan cop dengan cop nama dia terbalik.

Apabila borang yang kita hantar itu ada tandatangan dia, ada cop dia tetapi cop dia terbalik, rupanya jabatan kerajaan ini pun faham yang orang ini orang kalih, jangan bagi. Jadi, saya akan berasa sangat sedih kalau Yang Berhormat Menteri nafikan perkara ini. This is happening on the ground minta maaf dengan izin. Jadi, minta sangatlah Yang Berhormat Menteri
supaya perhatikan perkara ini. Ianya berlaku di kalangan rakyat yang benar-benar memerlukan bantuan ini.

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop: Saya memang tidak nafikan mungkin isu ini berlaku tetapi itu bukan dasar kerajaan. Kalau berlaku dan kita tahu misalan di tempat Yang Berhormat di Kulim, kita akan mengambil tindakan untuk menyiasat tentang isu ini sebab isu ini patut tidak berlaku.

About these ads

Satu Respons

  1. PM kita kata kita 1 Malaysia?sekarang sudah bukan 1 Malaysia saya rasa…saya sendiri dapat rasakan kerajaan UMNO memang memilih dalam memberi bantuan kepada rakyat…

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 4,459 other followers