MP PAS Tumpat: Hormati hak hasil bumi gas dan minyak Kelantan

Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar mendesak kerajaan pusat supaya menghormati hak negeri dan dalam kes selain kes diputuskan Majlis Raja-raja Melayu iaitu kes hak royalti minyak, gas yang seharusnya telah lama diberi kepada Kelantan.

Dalam kes royalti minyak kerajaan Kelantan, isu ini juga perlu dipandang serius oleh Majlis Raja-raja Melayu, kata Kamarudin lagi.

Begitu juga hak negeri berkaitan hasil bumi seperti gas dan minyak perlu dihormati kerajaan pusat, katanya.

“Sebab itu ini adalah satu peringatan penting kepada kerajaan persekutuan agar menghormati hak negeri bukan sahaja soal Islam tetapi juga hasil bumi seperti minyak dan gas,” katanya.

Beliau mengulas jawapan bertulis yang diberikan oleh Jabatan Perdana Menteri kepadanya semalam.

Dalam soalannya, Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat] minta PERDANA MENTERI menyatakan jumlah (kuantiti) minyak dan gas yang telah dikeluarkan adripada kawasan perlombongan bersama malaysia – Thai bagi tahun 2006, 2007 dan 2008.

JAWAPAN
Kawasan Pembangunan bersama Malaysia- Thailand (Malaysian-Thailand Joint development Area – MTJDA) adalah satu kawasan yang bertindih dia antara Malaysia dan Thailand dengan saiz lebih kurang 7, 250 kilometere persegi. Segala aktiviti dan pembangunan sumber petroleum di dalam kawasan MTJDA diuruskan oleh Pihak Berkuasa Bersama malaysia – Thailand ( Malaysia-Thailand Joint Authority – MTJA) yang dimiliki sama rata (50:50) oleh Kerajaan malaysia dan Thailand.

Pada masa ini, produk petroleum yang dihasilkan dari Kawasan Pembangunan bersama Malaysia-Thailand (Malaysia-Thailand Joint Development Area – MTJDA) adalah gas dan kondensat. Gas pertama yang dihasilkan dari kawasan MTJDA adalah pada bulan Januari 2005.

Dari segi penheluaran, jumlah pengeluaran gas dan kondensat dari kawasan MTJDA bagi tahun kewangan 2006 hingga 2008 adalah seperti berikut

Tahun Kewangan Berakhir 31 Mac Jumlah Pengeluaran Gas (billion baki padu) Jumlah Pengeluaran Kondensat (juta tong)

2006 65.2 901.6
2007 61.6 766.5
2008 106.6 1460.0

Tinggalkan Jawapan

Anda mesti log masuk terlebih dahulu untuk mengirim komen.