PRK N 11 Permatang Pasir: Gotong Royong dan Ziarah MP PAS

Program Gotong Royong dan Ziarah Ahli-Ahli Parlimen PAS di UPU Bukit Indera Muda (Kg Petani) pada 19 Ogos 2009 sempena Kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pasir dalam Program Perkampongan Ahli Parlimen PAS selama tiga hari bermula 18 Ogos hingga 20 Ogos 2009.

Perkampongan Ahli Parlimen PAS di Permatang Pasir (1)

Gotong Royong membersih kubur dan membaiki jalan di Kg Pelet oleh Ahli-ahli Parlimen PAS Program Motivasi oleh Senator Mumtaz bt Md Nawi, Ahli Dewan Negara serta Program Ziarah Ahli-Ahli Parlimen PAS keatas Penduduk Kg Pelet. Ahli-ahli Parlimen PAS yang menyertai Perkampongan diketuai oleh Dato’ Mahfuz Omar [Pokok Sena], Salahuddin Ayub [Kubang Kerian], Dr Mohd Hatta [...]

Isu PKFZ: PAC panggil Kuala Dimensi dan Peguam Negara beri keterangan

Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB), pemaju siap guna Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung skandal PKFZ dalam tempoh dua minggu lagi. Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata syarikat itu telah dimaklumkan untuk menghantar wakil. “Kemungkinan juga kita akan panggil Majlis Peguam untuk memberi penjelasan [...]

PM diminta beri tumpuan utama kepada H1N1 – MP PAS Pokok Sena

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar hari ini meminta Perdana Menteri memberi tumpuan utama kepada isu H1N1 yang semalam telah meragut 9 nyawa bukannya merampas Selangor. “Slogan Rakyat didahulukan tidak dilaksanakan bahkan Dato’ Najib lebih menumpukan kepada isu merampas Kerajaan Selangor daripada pakatan Rakyat. “Untuk merampas Selangor lebih baik Dato’ Najib tunggu pilihanraya umum [...]

MP PAS bersama Penduduk Kg Tebing, DUN Pengkalan Kubor

Ramah Mesra Ahli Parlimen PAS (MP PAS) bersama penduduk Kampong Ketil/ Kg Tebing, DUN Pengkalan Kubor pada petang 3 Ogos 2009 sempena Rombongan Ekspedisi Ahli Parlimen dan Kerajaan Negeri Kelantan ke Pelantar Cakrawala (Minyak dan Gas) pada 4 dan 5 Ogos 2009. Ucapan Ahli Parlimen Tumpat, Dato’ Kamarudin Jaffar Ucapan Ahli Parlimen Kubang Kerian Turut [...]

H1N1: MP PAS gesa Sidang Khas Parlimen diadakan

Ahli-Ahli Parlimen PAS mengesa diadakan persidangan tergempar Dewan Rakyat bagi membincangkan penularan Influenza A(H1N1) yang semakin meningkat apabila jumlah korban mencecah angka lapan orang semalam. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ahli Parlimen Pakatan Rakyat memandang serius penularan wabak tersebut dan ianya perlu diambil langkah yang serius. “Sidang tergempar Dewan Rakyat perlu diadakan [...]

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.